Tindakan Pemulihan Pasca Banjir Kerajaan Lambat

964

DUNGUN – Kerajaan negeri digesa mengambil tindakan segera memulihkan kehidupan penduduk yang terlibat dengan bencana banjir agar aktiviti harian mereka, kembali lancar.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, banyak infrastruktur dan rumah rakyat yang rosak belum dibuat pembaikian.

“setelah lebih dari dua minggu banjir surut sepenuhnya, masih ada jalan masuk ke rumah penduduk di kampung-kampung yang pecah dan berlubang besar terbiar tanpa pembaikian,

20150121_120058“walaupun sebenarnya ia bukanlah satu proses pembaikian yang memerlukan kos yang tinggi apatah lagi wakil rakyat Bukit Besi adalah seorang EXCO Kerajaan Negeri,”ujarnya.

Beliau yang ditemui berkata demikian selepas mengagihkan bantuan dapur gas kepada 40 penduduk Kampung Tepus dan sekitarnya di Bukit Besi dekat sini, Rabu 21 Januari.

Menurutnya, sistem pengumpulan maklumat dan penyampaian bantuan kerajaan perlu ditambahbaik kerana mekanisme sedia ada telah dicemari kecenderungan ‘politik yang melampau’.

“Ada juga rumah penduduk yang terkopak lantai semen dek arus deras banjir. Pemilik rumah seorang ibu tunggal memaklumkan, hanya Ahli Parlimen PAS Dungun yang datang bertanya khabar.

“pihak JKKK tahu, tapi mungkin tidak dimaklumkan kepada pihak yang lebih atas, tak ada sebarang bantuan kerajaan diterima termasuk dari dari YB Exco,”ujarnya.

Beliau yang juga bekas kakitangan awam berkata, kerajaan yang berwiba perlu mempercepatkan langkah pemulihan dan bertindak segera supaya penduduk kembali boleh menjalani kehidupan dengan normal.

Adalah amat memalukan, kata belau, bila seorang penduduk setempat terpaksa panggil sebuah stesen TV untuk meluahkan masalah jalan berlubang dengan harapan mendapat perhatian dari pihak atasan.

20150121_123905Sedangkan jelas beliau, kemudahan infrastruktur yang rosak adalah di bawah tanggungjawab kerajaan.

Katanya, tidak wajar sebuah kerajaan memiliki sumber, yang mengutip cukai dari rakyat, gagal memberikan khidmat maksimum ketika rakyat memerlukan timbal balas.

Sebalik di pihak PAS, telah bergerak dengan segala sumber dan tenaga yang ada semenjak dari fasa sebelum banjir lagi sehingga kepada operasi menyelamat dan memindahkan penduduk,

“kita mengagihkan barangan keperluan mangsa banjir termasuklah sekarang ini sumbangan susulan pasca banjir,”tambah beliau.

“Antara sumbangan yang diberikan oleh PAS adalan pakaian seragam sekolah sekolah kepada anak-anak mangsa banjir,

“dan pada hari ini kita menyampaikan sumbangan dapur untuk 40 buah rumah yang ditenggelami banjir sekitar Kampung Tepus dan Kuala Jengai,”tambah beliau

Turut turun padang bersama beliau adalah Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman dan Ketua Penerangan PAS Dungun Naraza Muda