SETIU – Tindakan pantas sukarelawan PAS Kawasan Setiu membantu mangsa yang tejejas oleh bencana banjir berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, beliau mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi bantuan itu.
“seramai 21 keluarga telah berpindah ke pusat pemindahan sementara di masjid kampung Che Long,
“tindakan pa
ntas petugas yg bersiap siaga telah berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kampung Besut, Hulu Seladang, Permaisuri di sini pada pagi Khamis selepas bersama membantu para petugas tebabit sejak Rabu malam.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat tesebut bermula pukul jam 10 malam dan berakhir pada jam 3 pagi.
Katanya, para petugas telah diberi taklimat agar bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau juga mengharapkan agar semua pihak dapat menyampaikan maklumat dengan cepat kepada bilik gerakan banjir untuk tindakan selanjutnya.
“saya juga mengucapkn ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang sudi memberi bantuan keperluan dan menghulurkan bot untuk kemudahan perhubungan pada malam tadi.
“Kita akan teruskan misi bantuan banjir sepanjang waktu pada dan semua kawasan telibat dengan banjir temasuk di kawasan DUN Langkap dan lain-lain,”jelasnya.










