Terengganu, Malaysia

Tindakan Dua ADUN PAS Selangor Membelakangi Parti dan Jamaah

20140814_125728 (1024×576)

KUALA NERUS – PAS Terengganu menyifatkan tindakan dua ADUN PAS Selangor yang membuat keputusan menyokong Presiden PKR menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah membelakangkan parti dan jamaah.

Pesuruhjayanya Ustaz Satiful Bahri Mamat menyokong kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta supaya semua ahli mematuhi arahan dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi parti.

“PAS Terengganu menyifatkan buat keputusan sebelum mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan diadakan pada Ahad 17hb ini adalah membelakangkan parti dan jamaah,”ujarnya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kuala Nerus di sini, hari ini.

saiful hari raya kuala nerus1Oleh itu, beliau berharap Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali meminta penjelasan segera dari kedua ADUN tersebut, Sa’arin Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Sebelum itu, dalam siding media di Majlis yang sama Ustaz Saiful mempertegaskan sokongan Terengganu kepada Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau turut meminta PAS Pusat mengkaji semula ‘Tahaluf Siyasi’ PAS bersama parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

Menurutnya, sekiranya ia memberikan kebaikan kepada PAS, ia wajar diteruskan, tetapi PAS harus mempertimbangkan semula Pakatan tersebut sekiranya ia memberikan kerugian kepada PAS – Berita lanjut menyusul

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan