‘Tiktokers’ PAS Perlu Fahami Perjuangan

198

DUNGUN – Pempengaruh menerusi aplikasi TikTok atau ‘Tiktokers’ PAS perlu memahami perjuangan yang dibawa oleh parti Islam itu.

Ahli Jawatankuasa Muslimat Malaysia, Ustazah Asma Husin berkata, dengan memahaminya akan menjadikan mereka lebih bersemangat.

“Mereka juga mesti juga mengambil tahu ilmu undang -undang berkaitan akta sebagai membantu mereka dalam menyediakan konten dan parti mestilah memberi ‘support’ kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Hi-Tea Bersama Ustazah Asma Husin yang diadakan di Dewan Darul Bayan, Pinang Merah di sini pada, 16 Mac lalu.

Menurutnya, program anjuran Lajnah Ekonomi Muslimat Dungun itu adalah untuk mengutip dana untuk melaksanakan aktiviti – aktiviti dan gerak kerja muslimat.

Sebelum itu dalam bual bicaranya, Ustazah Asma menyatakan aplikasi ‘Tik Tok’ juga menyumbang kemenangan PAS di Gua Musang yang merupakan kubu kuat Umno- BN gi Kelantan.

“Memang kita tidak mampu hendak berfikir macamana PAS boleh tembusi kubu kuat Umno,

“Tetapi kerana orang-orang asli di Gua Musang yang sebilangan besar memberi undi kepada Umno-BN telah beralih kepada PAS sebab merekapun dapat maklumat daripada ‘tiktok’,” tambah beliau.