Tiga Kali Rakyat Terengganu Ditipu

5053

KUALA TERENGGANU – Negeri Terengganu yang merupakan negeri pengeluar minyak yang kaya dan di beri jolokan ‘ Kuwait Malaysia’, tetapi malangnya, rakyat tidak merasai kekayaan yang dianugerahkan Allah itu.

Sebaliknya, tegas Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, rakyat terus dipermainkan dan ditipu oleh kerajaan yang diterajui oleh UMNO Barisan Nasional.

“Bermula 15 Julai 2016, rakyat Terengganu ditipu untuk kali ketiga, yang pertama apabila kerajaan merampas royalti kita dalam tahun 2000,

“sepatutnya kos ditanggung oleh kerajaan pusat yang mengutip cukai, dimana kerajaan negeri menguruskan seperti pengambilan tanah sahaja,

“tetapi tidak kepada Lebuhraya Pantai Timur (LPT2), belanja sebanyak RM1.8 billion iaitu hampir dari kosnya, dibuat menggunakan wang royalti minyak Terengganu dan lebih malang lagi, apabila siap kita dikenakan tol,”jelas beliau.

IMG_20160803_123705Katanya, Umno dan BN menjadikan tol sebagai perniagaan menguntungkan dan menjana pendapatan kroni-kroni mereka.

Beliau berkata jarak LPT2 daripada Jabor sehingga Gemuroh Kuala Terengganu ialah 184 km, tetapi kos pembinaan meningkat hampir empat kali ganda.

“cadangan pertama tahun 2006 untuk dilaksanakan kosnya hanya RM 1.7 billion bila ditangguhkan setahun kosnya naik menjadi RM2.1 billion,

“kemudian naik lagi RM 3.7 billion dan akhirnya naik RM 4.25 billion, jadi lebuhraya yang sejauh 184 km itu bernilai RM4.25 billion,

“jadi kos untuk setiap sekilometer RM23 juta.”katanya.

Lebih malang lagi, tambah beliau, apabila Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir. Rosli Othman, memberitahu bahawa wang yang berjumlah sebesar itu tidak akan dinikmati oleh rakyat Terengganu.

“kerajaan pusat akan membayar RM1.8 billion kepada kerajaan Terengganu, tetapi bayaran itu akan digunakan untuk menyambung LPT3 dari Gemuroh di Terengganu ke Tumpat, Kelantan,”ujarnya lagi