Tiga Jawatan Utama PAS Kemaman Kekal

456

Oleh : Pyang Mamat
Gambar : IT Kmn

KEMAMAN -Jawatan Yang Dipertua, Timbalan dan Naib Yang Dipertua, Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kemaman kekal, setelah penyandangnya menang tanpa bertanding.

Timbalan Ketua Jawatankuasa Pemilihan Mesyuarat Agong Tahunan (MAT) PAS Kawasan Kemaman, Azam Mohamed mengumumkan keputusan pada Mesyuarat Agong tersebut semalam.

Katanya, setelah menerima kesemua borang pencalonan daripada setiap cawangan PAS di Kemaman, beliau memaklumkan bahawa tiga jawatan tertinggi tersebut bagi PAS Kawasan Kemaman kekal untuk sesi 2023/2025.

“Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman adalah YB Che Alias Hamid, Timbalan Yang Dipertua, YB Hanafiah Mat dan Naib Yang Dipertua ialah Hazri Jusoh manakala Pengerusi Tetap masih disandang oleh Ariffin Yusof.

“Perwakilan hanya akan memilih 16 orang jawatankuasa baru, seorang Timbalan Pengerusi Tetap dan dua orang Pemeriksa Kira-Kira untuk sesi yang akan datang,” ucapnya.

Setelah selesai proses pemilihan, Azam sekali lagi mengumumkan senarai Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman bagi sesi 2023/2025.

Katanya, Timbalan Pengerusi Tetap disandang oleh Mohd Khairuddin Ahmad, Pemeriksa Kira-Kira 1 dimenangi oleh Tahir Roos dan Pemeriksa Kira-Kira 2 disandang oleh Wan Ali Wan Yusof.

“Manakala AJK yang dipilih dan menang ialah Mohd Nakhaei Nafiah, YB Ab Razak Ibrahim, Amri Mamat, Syed Shahrunuddin Syed Mohd Sah, Megat Suhaimi Megat Idrus, Johan Ismail, YB Ir Saiful Azmi Suhaili, Azmi Samat, Abdullah Abd Ghani, Zabidin Awang, Nor Arbaeiyah Wahab, Rohasni Husin, Noreha @Zaiton Jusoh , Zawawi Mohamed, Zakaria Che Soh dan Abdul Rahman Khalid.

“Manakala Ketua Pemuda PAS Kawasan Kemaman adalah Muhammad Ramlan Mahmood yang telah dipilih oleh perwakilan semasa MAT Pemuda PAS Kawasan Kemaman tempohari,” katanya.

MAT PAS Kawasan Kemaman telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, YB Senator Dato’ Haji Husain Awang pada 11 Mac lalu yang diadakan di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman.