Tiada Rasuah Tiada Politik Wang Dalam Pemilihan

635

“Saya telah mendengar taklimat dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Pengarah Pilihanraya PAS PUsat, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan beberapa pimpinan Pusat yang lain.

“Seteleh kita mengumpulkan maklumat dari semua negeri-negeri, kita dapati tidak ada amalan politik wang dalam PAS,” kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mesyuarat jawatankuasa tersebut.

Beliau berkata, PAS memutuskan tiada tindakan yang akan diambil kepada Ketua Dewan Ulama’, Dato’ Ustaz  Mohamed Daud.

Katanya usaha pihak-pihak tertentu mengaitkan PAS dengan amalan politik wang ternyata tidak berhasil.

“Sebarang usaha untuk menembuskan bahtera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal, Kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan amalan politik wang,” katanya.

Ustaz Mohamed Daud yang ditemui selepas mesyuarat tersebut berkata beliau telah memberi penjelasan secara menyeluruh kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut sama beliau mengemukan sebarang bukti ataupun tidak berhubung dakwaannya sebelum ini.

“Tiada komen…Tiada komen, kalau saya cakap nanti banyak masalah. Saya serah kepada presiden parti,” katanya sebagaimana dilaporkan mStar online