Tiada Jihad Tanpa Pengorbanan

2300

Oleh : Che Ana

KUALA NERUS – Para petugas Muslimat mestilah bersedia untuk berkorban harta benda, masa, kehidupan dan segalanya untuk mencapai keredhaan Allah, yang dituntut ke atas setiap orang Islam yang berjihad untuk menegakkan agama Allah yang syumul.

Penasihat Himpunan Mujahidah 4.0, Ustazah Jamilah Jusoh berkata firman Allah yang bermaksud ” sesungguhnya Allah telah membeli dari orang – orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh syurga disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah maka di antara mereka ada yang membunuh dan yang terbunuh”.

Mujahidah 4 Kuala Nerus4“para sahabat yang mulia kita semua perlu menyumbang dan berkorban semata untuk Islam seperti Khadijah , Ummu Salamah, Nusaibah, Asma’ dan lain- lain”.

Sebelum itu beliau mengucapkan kesyukuran kerana kita semua dipilih bersama PAS dan diberi kesihatan yang baik.
Tambah beliau juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus (DMPKKN) beliau lagi, “dalam himpunan pagi ini di dewan yang hampir siap bagi bersama menyambung tugas dipikul dengan niat ikhlas Allah akan menyelamatkan diri kita, untuk meraih kemenangan kut tak sempat….. dengan kita capai kemenangan di sana”.

“walau liku kita tempuh kian tajam jurang ditepi kian dalam , kepanasan makin membakar namun dengan pertolongan Allah serta bimbingan ulama’ In shaa Allah kita akan selamat,”ujar beliau dengan penuh semangat di Himpunan Mujahidah 4.0, di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa ( KOMTAQ) Kuala Nerus di sini semalam.

Mujahidah 4 Kuala Nerus2Katanya, segala gerak kerja anggota mujahidah mestilah menguntungkan jamaah, gerak kerja merugikan hendaklan dihindari sama ada dari lidah atau perbuatan, semua itu menjadi tanggungjawab kita yang perlu sangat diambil perhatian.

Menurutnya, para Muslimat perlu bekerja dengan ikhlas untuk mendapat redha Allah, menurut arahan dan program jamaie.Kepatuhan dan ketaatan kepada jamaah adalah kepatuhan kepada Allah dan Rasul S.A.W. Kecuaian akan merugikan diri dan jamaah. Jawatan yang ditugaskan itu bererti menerima amanah. Tiap- tiap petugas mestilah mrnganggap kecuaian akan mencacatkan jamaah tugasanya itu adalah yang terpenting.

Mujahidah juga hendaklah menganggap dirinya adalah jundi dan syiarnya ialah KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH. Kerja yang sempurna Al – Itqan dan Al – Ihsan adalah menjdi budaya kerja kita”. Tegas beliau lagi.

“tidak ada Islam melainkan dengan jamaah dan tidak sempurna jamaah tanpa peminpin – tidak ada ertinya kepimpinan tanpa ketaatan.

Mujahidah 4 Kuala Nerus3“In shaa Allah Muslimat Kawasan Kuala Nerus bersama pimpinan Tuan Guru Presiden, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang,”tegasnya.

Beliau berharap, para petugas Muslimat diberi kekuatan, kesabaran oleh Allah untuk kita terus berjuang lebih bersungguh yang tdak berbelah bagi agar dapat mengekalkan tiga DUN dan Parlimen Kuala Nerus seterusnya akan mencapai kemenangan bagi dun ke empat.

Seramai 500 mujahidah yang hadir dari empat DUN dalam Parlimen di Kuala Nerus hadir pada program tersebut.