Tiada Istilah Hamba Ramadan

233

Tiada istilah hamba Ramadan kerana Malaikat Jibrail bertadarus dengan Nabi s.a.w. di bulan tersebut tidak di bulan lain.

Serentak itu, Pentazkirah Ramadan Ustaz Muhammad Hanafi Abd Aziz berkata beliau tidak bersetuju dengan istilah tersebut berdasarkan banyak peristiwa luar biasa berlaku di bulan berkenaan termasuk petistiwa tadarus Al Quran mereka berdua.

“Persoalannya adakah kerana Jibrail bertadarus dan berjumpa Nabi setiap hari di bulan itu maka malaikat itu dikatakan menjadi hamba Ramadan,” soalnya.

Justeru tegasnya tidak betul dakwaan yang mengatakan orang yang banyak melakukan amalan soleh dan kebajikan di bulan tersebut dikatakan sebagai hamba Ramadan.

Ini kerana katanya, menurut hadis sahih, Nabi s.a.w. sendiri banyak bersedekah bila tiba bulan ramadan lebih dari bulan lain seperti angin bertiup.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah sempena Madinah Ramadan di Dataran Jambatan Angkat di sini.

Turut hadir Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.