Tiada arahan rasmi amal bai’ah cerai isteri

806

kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Bagaimanapun Mustafa mengakui memang ada amalan bai’ah untuk memperlihatkaan taat setia kepada parti.

“Kita memang ada bai’ah untuk memberikan taat setia kepada parti sebelum kita melantik mana-mana pihak mewakili parti tetapi tidaklah sebagaimana yang dilaporkan itu,” kata beliau dipetik Harakah Daily hari ini.

Sehubungan itu kata Mustafa, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga telah mengarahkan supaya siasatan dijalankan berhubung pendedahan bahawa parti itu mengamalkan amalan bai’ah bagi menceraikan isteri jika ada wakil rakyat yang memutuskan untuk melompat ke parti lain.

Pendedahan amalan itu mendapat perhatian banyak pihak dengan ada yang mengkritik ia amalan kuno dan tidak masuk akal.

Amalan sumpah taat setia dalam bentuk itu turut disahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman Jumaat lalu.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam menjelaskan, langkah itu bagi memastikan tiada mana-mana wakil rakyat mengkhianati parti dengan menyertai parti lain.

Khairuddin pula berkata, amalan bai’ah terhadap isteri mana-mana pemimpin PAS yang mengkhianati parti itu telah lama wujud.

Mustafa membuat kenyataan ini dengan merujuk kepada laporan media sejak kebelakangan ini yang mendakwa PAS mewajibkan calon-calonnya yang bertanding membuat ikrar sedemikian.

Pendedahan itu dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger baru-baru ini.