KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) telah melancarkan satu misi bantuan yang digelar ‘Misi Tabah’ yang menyasarkan keperluan asas seperti periuk elektrik saiz sederhana dan dapur gas bagi meringankan beban mangsa banjir di kelantan sebelum sesi persekolahan 2015 bermula.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan YB Ustaz Hishamuddin yang merupakan Timbalan Ketua DPPNT, misi ini bermula awal januari sehingga 5 januari ini adalah rentetan dari misi-misi sebelum ini namun ini adalah misi fasa pertama pasca banjir untuk tahun 2015.
“Pihak kami akan melancarkan misi “Terus Tabah” dengan mensasarkan satu keluarga satu periuk nasi letrik ukuran sederhana dan sebuah dapur gas bagi 1000 keluarga”
“Misi pengumpulan ini akan bermula 1 – 5 Januari 2015 sebagai fasa pertama. Penyaluran barangan ini ke Kelantan pula akan dimulakan pada misi ke 3, InsyaAllah,”katanya.
Menurutnya lagi, keadaan yang berlaku akibat bencana ini telah mengakibatkan kerosakkan yang teruk kepada hampir keseluruhan harta benda rumah dan meletakan mangsa dalam situasi tertekan dalam mendepani hari yang mendatang.
“Melihat senario bebanan rakyat Kelantan yang terjejas dengan banjir tentu sekali keadaa hidup mereka agak tertekan dengan bebanan kehidupan yang bakal diteruskan.
Keadaan selepas banjir yang merosakkan hampir keseluruhan harta benda rumah amat memilukan sesiapa pun yang menyaksikannya”
Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan, bolehlah menghantar terus ke kaunter pengumpulan barangan di Pasar Batu 6, Masjid Pengadang Baru dan Masjid Hiliran yang diselia oleh DPPNT.










