Oleh: Che Ana
ALOR SETAR – Berbaktilah dalam perjuangan Islam semasa sihat dan semasa uzur atau pun sakit, biar pun cacat anggota ke dua-dua belah kaki.
Mantan Bendahari PAS Kawasan Baling Puan Halijah Daud, 61, berkata beliau sangat sukacita dapat sama memeriahkan Muktamar PAS Kali Ke-63.
Meskipun, kakinya dipotong hingga ke paras lutut, tidak menghalang untuk bersama-sama hadir dan memeriahkan suasana.
“akak…..seronok sangat dua, tiga harilah nak mari sini, dulu akak sepenuh masa dengan parti, bila dah lagu macam ni (OKU) banyak masa di rumah,


“Akak aktif dalam parti ni sejak tahun 1993 hingga lah ke tahun 2011,masa potong kaki ni akak masih berada di dalam jamaah”. Ujar beliau lagi
Beliau yang terpaksa memotong ke dua- dua belah kakinya akibat diabetis yang kritikal.
Beliau yang hadir sebagai tetamu jemputan khas turut menyeru kepada semua anak muda “akak berharap anak muda dapat aktif dalam jamaah…….takut menyesal bila tak dapat berbakti kepada jamaah dalam perjuangan Allah bila sudah tidak berupaya,” katarnya.
Beliau dihantar oleh suami Ustaz Abdul Wahab Awang Junus, 71, yang juga Mantan AAJK PAS Baling sudah kurang aktif dalam jamaah kerana memberi tumpuan kepada isteri beliau.
Beliau yang tiada dikurniakan cahaya mata turut mengalami prnyakit jantung stabil masih mendapatkan rawatan susulan dari Institut jantung Negara.




























