Terus Dekati Anak Muda

184

KUALA TERENGGANU – Cawangan PAS termasuk Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) digesa agar terus mendekati golongan anak muda.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun, Naraza Muda berkata, ini kerana golongan berkenaan telah memberi impak yang besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dimana mereka menyumbang kemenangan besar PAS di Terengganu.

“Bahkan kebanyakkan tempat Unit Daerah Mengundi (UDM) mencatatkan kemenangan 100 peratus pada saluran anak muda dan pengundi pertama Kali dalam kalangan mereka yang berusia 18 tahun.

“Golongan ini sebelum ini tidak menampakkan sokongan secara terang-terangan. Mereka lebih selesai berada dalam kelompok mereka sahaja.

“Bagaimana (cara) mereka berkempen atau unsur yang mempengaruhi golongan ini memerlukan kajian teliti dan menyeluruh,” ujarnya menerusia suatu kenyataan, hari ini.

Katanya perkembangan itu tidak sewajarnya disia-siakan oleh parti.

“Perlu ada hubungan langsung agar boleh diteruskan kesinambungan dan (menjadi) satu aset besar kepada parti.

“Walaupun (sebahagian) mereka bukan ahli parti, sokongan mereka itu sewajarnya dihargai Dan dijadikan asas pembentukan kekuatan alaf milenia ini,” katanya.

Tegasnya, mereka bukan tidak selesa dengan kepartian namun mereka cenderung kepada tokoh-tokoh tertentu samada didalam atau di luar parti yang dekat dengan mereka.

“Cawangan sudah tentu ada data-data kepulangan mereka baru-baru ini, boleh( terus) dekati dengan kaedah dan berstrategi mereka yang berada di perantauan ini.

“Bila mereka yakin Dan dicaknai walaupun berada di kejauhan, insya-Allah mereka akan menjadi penerus mata rantai dengan semangat perjuangan yang semakin menebal melalui cara mereka yang tersendiri,” ujarnya.

Oleh itu menurutnya, golongan anak muda ini telah dikenal pasti menjadi aset bernilai.

“Peluang sudah ada, bukti telah jelas, tinggal lagi kita semua (perlu) memanfaatkannya menjadi lebih bernilai demi kepimpinan masa hadapan umat Islam, bangsa kita dan negara.

“Andalah JPKK dan cawangan-cawangan parti (yang) menentukannya,” katanya lagi.