Kejohanan Bola Sepak 9s (Terbuka) Piala Ketua Pemuda PAS Terengganu 2016 kali ke-2 telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang. Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM6,000.00 ini telah berjaya menarik minat 768 pemain dari seluruh negeri Terengganu.
Pasukan Duck FC telah dinobatkan sebagai juara apabila menewaskan Dungun B dengan penentuan sepakan penalti 3-2 pada perlawanan akhir. Manakala Padang Machang dan BG Group FC telah berkongsi tempat ke-3.


Namun begitu, bagi pihak DACS apa yang lebih penting disini ialah kejayaan menganjurkan acara ini adalah satu usaha untuk mewujudkan semangat setiakawan, semangat muafakat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu tujuan. Tahniah kepada pasukan yang menang.
Ucapan terima kasih kepada Pengurusan Akademi Bomba & Penyelamat Wakaf Tapai, Unit Amal, Amal Medic, Yayasan Amal, Abang-abang sado keselamatan serta rakan-rakan di dalam DACS yang terus menunjukan komitmen kerjasama yang baik sepanjang persiapan kejohanan kali ini. Anda telah buktikan yang anda adalah “rakan kongsi” yang paling ideal kepada DACS. Felicitaciones!!!
Akhir sekali dakwah perlukan kesabaran. Alihkan pandangan mata ke arah laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Jumpa lagi di tahun 2017.
“Real Fans Make Frenz”
Ahmad Zulkaramie Salleh
Pengarah
Department of Arts, Culture & Sports (DACS)
Terengganu.






























