KUALA TERENGGANU – Sumpahan sumber ( Paradox of Plenty ) merujuk kepada paradoks bahawa negara-negara atau wilayah yang banyak sumber asli , khususnya sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti galian dan bahan api, cenderung untuk mempunyai pertumbuhan ekonomi yang rendah dan pembangunan yang lebih teruk daripada negara atau wilayah yang kurang sumber semula jadi.
Hipotesis ini berlaku atas sebab-sebab yang berbeza, termasuk penurunan dalam daya saing sektor-sektor ekonomi yang lain, turun naik hasil dari sektor sumber semujadi disebabkan pendedahan kepada perubahan komiditi pasaran global dan salah urus sumber-sumber oleh kerajaan atau (yang) lemah, tidak berkesan, tidak stabil atau institusi yang rasuah.
Idea bahawa sumber-sumber semula jadi mungkin menjadi satu ‘sumpahan ekonomi’ melebihi daripada rahmat, mula muncul pada 1980-an dan tesis ‘sumpahan sumber’ pertama kali digunakan oleh Richard Auty pada tahun 1993 untuk menggambarkan bagaimana negara-negara yang kaya dengan sumber semula jadi tidak dapat menggunakan kekayaan itu untuk meningkatkan ekonomi mereka.
Penasihat Setiausaha Agung PBB, Jeffrey Sachs dan rakannya Andrew Warner, telah menunjukkan hubungan antara sumber asli yang banyak dengan pertumbuhan ekonomi yang lemah atau rendah.
Pakar ekonomi itu memberi contoh daripada negara-negara pengeluar petroleum, dimana dari tahun 1965 hingga 1998, di negara-negara OPEC, keluaran negara kasar berbanding pertumbuhan perkapita telah menurun secara purata sebanyak 1.3 %, sedangkan di seluruh dunia yang sedang membangun , pertumbuhan per kapita adalah pada purata 2.2%.
Apa kaitannya dengan Terengganu dan Malaysia?
Jika diguna pakai teori itu, ia bermakna negara Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya sumber asli dan merupakan pengeluar minyak dunia sedang mengalami ‘Sumpahan Sumber’ tersebut.
Manakala negeri Terengganu, yang hasil bergantung kepada sumber minyak ‘dari perut buminya’ juga sedang mengalami ‘Sumpahan Sumber’ apabila sepatutnya ia mempunyai pertumbuhan ekonomi yang lebih dan mendapat kerahmatan serta keberkatan dari sumber alam, anugerah dari Allah itu.



























