Terengganu Negeri Berkebajikan

458

Oleh :Aqilah Khairul Azwan

DUNGUN – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meletakkan fokus Terengganu sebagai negeri yang memberi kebajikan kepada rakyat tanpa membezakan fahaman politik seiring dengan budaya politik, matang dan sejahtera.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun, Widanita Shahnaz Mohd Mokhsin menjelaskan budaya, politik, matang dan sejahtera ini menjadikan kerajaan mentadbir negeri tanpa memikirkan masalah-masalah kerajaan terdahulu, malah mendahulukan perkara yang boleh membantu rakyat.

“Budaya ini sangat cantik kerana PAS tidak pernah membezakan rakyat dalam memberi bantuan. Semua merasai rahmat berada di bawah kerajaan PAS.

Saya pernah menziarahi satu ahli keluarga dan tuan rumah tersebut mengatakan hampir setahun tidak membeli beras sendiri kerana selalu mendapat bantuan beras dari kerajaan”, jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual yang disiarkan menerusi ‘facebook’ calon N26 Rantau Abang, Ustaz Mohd Fadhli 31 Julai lalu

Ujarnya lagi, pada PRU-14, PAS mengemukakan 20 tawaran kepada rakyat dan semuanya berjaya dilaksanakan.

“Dan diteruskan bersama-sama dengan 10 tawaran baharu untuk PRU15 disamping hasrat untuk memartabatkan syariat Islam di Negeri Terengganu,” terangnya lagi.