Terengganu, Malaysia

Tentera Mesir Memburu Pemimpin Ikhwan

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Mohamed%20Badie.jpg

Tentera bertindak mengepung para pemimpin gerakan Islam itu dan polis dan tentera telah menangkap pemimpin tertinggiya Mohamed Badie atas tuduhan ‘menghasut pembunuhan penunjuk perasaan’, apabila penyokong Ikhwan membantah rampasan kuasa tentera.

Mohamed Badie dan Timbalannya, Khairat el-Shater, dikehendakki kerana mahu disoal siasat mengenai peranan mereka dalam kejadian beberapa orang yang terbunuh ketika pertempuran berlaku diluar pejabat Ikhwan di Kaherah.

Sumber kehakiman berkata pihak pendakwaan bermula pada hari Isnin akan membicarakan ahli-ahli Ikhwan, termasuk Morsi, kerana tuduhan “menghina badan kehakiman” sebagai caj mula dan akan itambah dengan pelbagai tuduhan lain.

[Gambar – Mohamed Badie (kanan) bersama seorang pemimpim Ikhwan ketika ditemui di pejabatnya, di Kaherah pada Disember tahun lalu]

Pemimpin Ikhwan lain akan dipersoalkan atas tuduhan yang sama, termasuk ketua sayap politik Saad al-Katatni, Mohammed al-Beltagui, Gamal Gibril dan Taher Abdel Mohsen.

Morsi dan pemimpin kanan lain juga telah diharamkan ‘pergerakannya’ kerana penyiasatan yang belum selesai dan tuduhan penglibatan mereka dalam kerana memecahkan penjara pada tahun 2011.

Presiden Morsi yang digulingkan, telah disembunyikan disuatu lokasi yang tidak diketahui sejak jeneral yang pernah dilantiknya sebagai Menteri Pertahanan berpaling tadah terhadapnya dan merampas kuasa pada Rabu petang

‘Jumaat Penolakan’

Satu gabungan Islam yang diketuai oleh Ikhwan Muslimin, ‘Pakatan Mempertahankan Kesahan Perlembagaan’ (The National Coalition in Support of Legitimacy) merayu kepada rakyat Mesir semalam pada Khamis 4 Julai supaya turun ke jalan-jalan raya di seluruh negara pada hari ini (Jumaat 5 Julai)  dan menjadikan “hari Jumaat Penolakan” terhadap rampasan kuasa tentera.

Mereka menyeru seluruh rakyat Mesir menggerakkan bantahan aman selepas solat Jumaat untuk mengatakan ‘Tidak’ kepada penahanan tentera, dan ‘Tidak’ kepada rampasan kuasa tentera.

Gesaan itu dikeluarkan pada sidang akhbar di sebuah masjid di pinggir bandar Kaherah di mana penyokong Morsi telah duduk membantah disitu sejak minggu lepas.

Bercakap kepada Al Jazeera dari Kaherah, Gehad El Haddad, jurucakap Ikhwanul Muslimin berkata, banyak ahli-ahli gerakan Ikhwan yang telah hilang.

“Tentera telah ditangkap Presiden;. Mereka meletakkan beliau di bawah tahanan rumah, mereka ditangkap pasukan presiden keseluruhan dan mengeluarkan waran tangkap tanpa mahkamah atau perbicaraan,” kata El Haddad.

“[…] Ini adalah satu rampasan kuasa tentera atas apa jua panggilannya … ini adalah tindakan mengembalikan negara polis (kepada seluruh rakyat Mesir),” katanya.

Tentera ini juga menutup beberapa stesen TV, termasuk satu stesyen yang dikendalikan oleh Ikhwan Muslimin, dan pejabat-pejabat saluran berita Mesir Al Jazeera di Kaherah.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan