‘Tentera Merah’ Turun Ke Dalam Masyarakat

1262


Projek keluarga angkat akan dilaksanakan di setiap negeri bagi membuka peluang membentuk sesebuah kampung sehingga menjadi kampung ‘misali’.


(Gambar – Amal Terengganu bertemu masyarakat setempat ketika Jambori di hulu Terengganu tahun lalu)

Manakala, melalui rakan Amal, semua individu boleh menyertainya, tanpa batasan, samada tua atau muda, lelaki atau perempuan, muslim atau non-muslim.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd. Rani berkata Unit Amal yang telah berusia 20 tahun sangat tersohor dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Katanya selepas peristiwa banjir besar yang bersejarah di Johor pada 2006, Unit Amal cukup dikenali sebagai ‘Tentera Merah’.

“Projek Rakan Amal ini kita tidak kira mereka orang tua atau orang muda, lelaki atau perempuan, orang muslim atau non-muslim.

“Mereka yang tidak menjadi anggota unit amal boleh menyertai ‘Rakan Amal’ untuk memberi peluang kepada mereka mendekati program-program amal.

“Rakan Amal juga membuka peluang kepada yang tidak berkemampuan tetapi berkeinginan untuk membuat kebajikan menyertai Rakan Amal,” ujarnya sewaktu membentangkan kertas bertajuk ‘Memasyarakatkan Amal’ di Markas Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, 6 Mac lalu.

Katanya, dengan memasyarakatkan Amal, ia akan menjelaskan imej dan ketrampilan anggota ‘tentera merah’ itu.

Justeru, beliau mahu petugas Amal hendaklah sentiasa ceria, senyum, baik hati dan mesra rakyat.