Tentera Israel Menceroboh 200 meter ke dalam Kawasan Khan Younis

712
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/tank_khan_younis.jpg

Sumber tempatan melaporkan, beberapa kenderaan berperisai tentera Israel, termasuk sebuah jentolak berperisai, masuk sejauh 200 meter ke dalam tanah yang  milik kepada penduduk al-Qarara, dan mencabut tanaman mereka.

Kereta beperisai terbabit dilaporkan datang dari pangkalan tentera berdekatan Kissufim, merentasi sempadan.

Tentera Israel mengulangi pencerobohan terhad ke rantau pantai, di samping serangan yang berulang-ulang terhadap petani Palestin yang bekerja di tanah mereka berhampiran dengan pagar sempadan.

Semasa perang 8 hari pada bulan November 2012, peluru berpandu dari udara Israel telah membunuh 191 rakyat Palestin, termasuk 48 kanak-kanak (16 di bawah umur 5 tahun) dan 12 orang wanita serta 20 lelaki warga tua.

Sekurang-kurangnya 1492 rakyat Palestin cedera, berpuluh-puluh yang serius.