KUALA TERENGGANU – Pihak berkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) digesa bertindak ‘pro-aktif’ bagi mengekang ‘para penggodam’ dan usaha pihak yang tidak bertanggungjawab menimbulkan fitnah yang boleh menyebabkan huru hara dan ancaman kepada keselamatan negara.
Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ada pihak yang tidak bertanggongjawab telah menghantar ‘pesanan ringkas’ menggunakan nombor telefon beliau untuk tujuan tidak baik dan berniat jahat.


“Saya menafikan (saya) menghantar sms seperti dibawah (itu). Ini dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggongjawab dengan niat yang jahat.
“Ini adalah fitnah dengan tujuan mahu merosakkan nama saya dan parti yang saya adalah ahlinya,”katanya yang membuat penafian dalam laman sosial, semalam.
Beliau berkata, mana-mana pihak yang menerima pesanan ringkas tersebut mengabaikan ‘mesej’ sebagaimana yang dipaparkan dan meminta pihak yang melakukan fitnah tersebut menghentikan perbuatan itu.
“Saya harap sesiapa yang menerima sms itu abaikan saja. Saya harap pihak yang melakukan perkara ini hentikan saja fitnah terkutuk ini,”gesa beliau.
Menurut beliau, beberapa orang pemimpin PAS pernah mengalami keadaan yang serupa, apabla nombor telefon mereka digunakan untuk menghantar mesej fitnah, terutamanya sewaktu pilihanraya kecil atau umum berlangsung.
Namun, kata beliau, laporan-laporan yang dibuat terhadap perbuatan jahat itu tidak diselesaikan dan pelaku tidak ditangkap dan didakwa ke mahkamah.
“kecuali satu kes sahaja yang telah didakwa melibatkan ‘ancaman ugut bunuh’ yang dilakukan oleh bekas Setiausaha Politik Dato’ Seri Idri Jusoh dulu,


Pada Januari lalu, Hakim Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara terhadap Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir pada Jumaat.
Md Raus membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang membebaskan Ahmad Ramzi pada Disember 2013.
Bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah atas dakwaan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) fitnah kepada tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).





























