Telefon Pintar, Sebar Kejayaan PAS

261

Oleh : Radhiah Alias

KEMAMAN – Dengan teknologi telefon pintar yang menjadikan dunia tanpa sempadan, Muslimat mesti memanfaatkannya untuk menyebarkan kejayaan kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu kepada masyarakat.

Ketua Lajnah Teknologi (IT) Maklumat Muslimat PAS Kemaman, Nurul Hidayat Ibrahim berkata, rakyat hingga ke akar umbi seharusnya sudah maklum, hampir 90 peratus manifesto sudah dilaksanakan.

“Jadi Lajnah IT mengorak langkah mengadakan bengkel untuk memberi tunjuk ajar kepada Muslimat penggunaan pelbagai aplikasi dalam telefon pintar supaya memperoleh maklumat secara pantas dan menyebarkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Bengkel Bonda yang diadakan di Balai Raya Beris Nenas, Kijal di sini pada 13 Januari.

Menurutnya, program tersebut telah dilaksanakan selama seminggu ini di semua empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Kemaman.

“Dimulakan di DUN Kemasik pada 9 Januari, seterusnya di DUN Cukai pada 10 Januari, DUN Air Putih pada 11 dan12 dan DUN yang terakhir iaitulah di DUN Kijal pada 13 Januari 2022, ” tambah beliau.