Telah pulang menemui Yang Maha Esa

530

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎

Telah pulang menemui Yang Maha Esa, Ustaz Wan Shamsul Hilmi Wan Mohd Kamil, adik kepada Pegawai Media saya, Saudara Wan Abdul Hadi pada penghulu segala hari, Jumaat di bulan mulia, bulan Ramadhan.

Almarhum telah mengalami kemalangan pada 2 Mei yang lalu dan keadaan beliau dilaporkan terus kritikal dan tidak sedarkan diri selama 6 hari sehingga ke nafas terakhir beliau. Almarhum meninggalkan seorang isteri yang sedang hamil 8 bulan serta seorang anak berumur 2 tahun.

Saya mendoakan seluruh ahli keluarga Wan Abdul Hadi dan Cikgu Wan Mohd Kamil diberi kelapangan dan ketabahan atas kehilangan ini apatah lagi dalam keadaan akan menghadapi suasana hari raya yang akan tiba tidak lama lagi. Semoga Allah menempatkan almarhum seiring dengan para hambaNya yang bertaqwa dan yang beramal soleh.

Tiada yang paling bernilai di bumi ini bagi seseorang hamba melainkan ketika mendapatkan kemuliaan di hari kematiannya.

Sekali lagi, salam takziah daripada saya dan seluruh kakitangan PKM Ahli Parlimen Kemaman.

Alias Abd Hamid
YDP PAS Kemaman