Teks Ucapan sulung MP Bukit Gantang – Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin

1287

calon PAS, P059 Bukit Gantang, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memberikan ucapan sulungnya. Dibawah adalah teks ucapan tersebut:-

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih daripada saya sendiri dan seluruh petugas-petugas dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP.

Merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) dan seluruh jentera yang telah membantu termasuk anggota pasukan keselamatan Polis, Rela dan lain-lain Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah memberikan khidmat yang baik.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/04/nizar%20menang.jpgSaya berterima kasih di atas khidmat dan kerjaya yang cukup cemerlang. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh jentera kerajaan yang juga telah membantu kami (PAS) bagi melaksanakan pilihan raya yang cukup tertib, aman dan damai.

Saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika sekiranya apa yang kami (PAS) nyatakan dan yang kami l(PAS) aksanakan sebelum ini menguris hati, kami (PAS) memohon maaf dari atas rambut hingga ke hujung kaki.

Kita (Pakatan Rakyat) akan menjadikan pilihan raya ini pilihan raya yang cukup bermakna bagi rakyat negeri Perak dan rakyat Malaysia, amnya. Untuk itu, lagi sekali saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh yang telah memainkan peranan bagi menjayakan pilihan raya kali ini.

Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya, Saudara Ismail Saffian selaku calon dari Barisan Nasional (BN) dan Kamarul Ramizu Idris, calon daripada Bebas yang telah sama-sama menunjukkan semangat setiakawan kami dalam kami (PAS) melaksanakan kempen sepanjang tempoh kempen tersebut.

Sekali lagi, terima kasih kepada seluruh jentera parti yang datang dari dalam, dekat, luar dan jauh dari negeri Perak Darul Ridhuan yang berkampung dari seluruh parti Pakatan Rakyat yang berada di Bukit Gantang.

Saya berterima kasih juga kepada petugas-petugas Barisan Nasional, Umno, MIC dan MCA yang turut berkampung menjadikan Bukit Gantang sebagai tempat untuk kita (rakyat) melaksanakan satu pendemokrasi, satu pemilihan kuasa menunjukkan ketelusan dan juga keadilan yang dikehendaki oleh rakyat negeri Perak Darul Ridhuan.

Kita juga merakamkan setinggi terima kasih kepada Dato’ Mahmud Morsidi selaku Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang telah melaksanakan tugasan dengan baik dan juga kepada seluruh para petugas yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!, sekian terima kasih,”

Lihat Video Klip Ucapan Nizar