Teknologi Maklumat Jangan Sebar ‘Berita Busuk’

466

Oleh : KAM

SETIU – Islam merupakan satu agama dari Allah SWT yang sempurna bukan hanya bagi mengIslamkan manusia termasuklah seluruh alam ini dengan syariat Allah SWT.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahlinya agar bijak menggunakan sumber teknologi maklumat bagi menyampaikan mesej dakwah Islam seluruhnya.

“Peranan kita (manusia) sebagai umat Nabi Muhamad SAW untuk berdakwah dan mesti kita (PAS) gunakan teknologi maklumat untuk berdakwah.

“Islam itu satu agama dari Allah SWT, yang cukup sempurna dan bukan sahaja untuk mengIslamkan manusia tetapi termasuklah mengIslamkan seluruh alam ini dengan syariat Allah SWT.

kam3117(b)-sebar2“Tanggunjawab kita (umat) juga mengajak orang yang telah Islam kepada ilmu, kepada pengetahuan. (kerana) Ada orang Islam yang telah maju pengetahuannya. Ada orang Islam yang sederhana pengetahuannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim, melancarkan Setiu TV dan Kempen Keluargaku Ahli PAS di bangunan PAS Kawasan Setiu, Kampung Guntung Luar, Permaisuri Setiu, pada Rabu 31 Disember.

Namun, katanya kemudahan teknologi maklumat itu bukan bertujuan menyebarkan fitnah serta berita bohong sesama manusia.

“Teknologi maklumat untuk berdakwah dengan mengajak orang kepada Islam, bukan untuk menyebarkan fitnah. Menyebarkan berita-berita bohong dan “busuk”.

“Di sini peranan kita (PAS) untuk mengajak manusia kepada Islam dengan cara yang benar. Berita kita itu berita yang benar. Bergurau kita, bergerau yang benar. Semua manusia hari ini adalah umat Nabi Muhamad SAW yang wajib menerima dakwah,” tegasnya dihadapan lebih 500 hadirin.

Turut Hadir pada majlis tersebut Bendahari PAS Terengganu, M Syukrimun Shamsuddin, Yang Dipertua PAS Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir dan Timbalannya, Ustaz Mohd Pauzi Muda, Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim dan Setiausaha AS Kawasan Setiu, Aminuddin Umat.