“Tehran sebahagian dari masalah,” kata Pembangkang Syria

1055

Pakatan Pembangkang Syria telah menolak tawaran Iran untuk mengaturkan perbincangan dengan rejim Bashar, dan mendakwa tawaran itu “tidak serius” serta menyifatkan Tehran “sebahagian daripada masalah” yang melanda Syria.

“Inisiatif Iran tidak serius dan tidak mempunyai kredibiliti politik,” kata satu kumpulan pembangkang utama dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kenyataan tersebut dibuat ekoran Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata pada hari Khamis bahawa kerajaan Iran bersedia untuk “memudahkan dialog” antara kerajaan Syria dan pejuang pembangkang.

“Kita mesti berganding bahu untuk membina bekerja ke arah dialog kebangsaan, sama ada di Syria atau Bahrain. Kita mesti mewujudkan suasana di mana orang-orang di rantau ini boleh menentukan nasib mereka sendiri,” Rouhani menulis dalam kolum akhbar The Washington Post.

syria-1_2078499bTiada kredibiliti

Tetapi pembangkang Syria berkata, ia adalah ragu-ragu bahawa Iran, sekutu kuat Presiden Bashar al-Assad, boleh mengajurkan perbincangan itu dan menganggap Tehran “sebahagian daripada masalah.”

“Ia akan menjadi lebih berguna jika kepimpinan Iran menarik balik pakar-pakar yang berjuang dari wilayah Syria dan (dalam) tentera (Syria),” kata Gabungan pembangkang Syria.

Menurut al-Jazeera, pembangkang Syria telah lama mendakwa bahawa Iran telah menghantar anggota tentera untuk membantu pasukan Bashar Assad, dalam perjuangan mereka menentang pemberontak.

Iran juga merupakan penyokong utama pergerakan Syiah Hizbullah Lubnan, yang telah menghantar pejuang untuk menyokong angkatan tentera Syria dalam pertempuran utama, terutamanya ketika rejim Bashar menawan semula bandar pusat strategik Qusayr pada bulan Jun.

Tehran juga telah membantu meningkatkan rejim dengan menyediakan dana dan bantuan tunai kepada rejim Bashar.

Rouhani, yang ‘dilihat’ sederhana dalam politik Iran, telah membuat beberapa rundingan diplomatik sejak beliau memeagi pilihan raya beliau bulan Jun, dan terdapat spekulasi bahawa dia akan bertemu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di luar Perhimpunan Agung PBB minggu depan.