KUALA NERUS – Kerajaan diminta menilai kembali secara keseluruhan kedudukan perparitan dan juga saliran di seluruh Parlimen Kuala Nerus berikutan banjir yang berlaku pada Rabu lalu.
Bencana yang melanda menggambarkan satu kelemahan besar dalam pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN), sehingga tebatan banjir yang dibina di Taman Perumah Pusu Tiga pecah dan membahayakan kawasan terbabit.
Sdeangkan, menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Khairuddin Aman Razali, ia baru dibina tidak sampai lima tahun yang lalu.
“dengan kos yang tinggi (sebanyak) RM6 juta dan sekarang pecah, tempoh yang sangat pendek maknanya kita kata tidak sampai 5 tahun,


Oleh itu beliau menggesa kerajaan memberi penjelasan kepada rakyat tentang hakikat sebenar projek tersebut.
Dr Khairuddin yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS turut mendesak kerajaan menyediakan laporan lengkap dan membentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan datang.
“Saya menggesa pihak kerajaan agar menyediakan satu laporan lengkap tentang perparitan seluruh Kuala Nerus ini, sewajarnya dibuat dan dibentang juga dalam persidangan DUN tak lama lagi,
“agar rakyat nampak jelas apa yang berlaku dan perlu pandangan balas kita kepada kerajaan dan seumpamanya,”jelas beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sambutan Jubli Perak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Peringkat DUN Seberang Takir pada Jumaat 21 November.
Beliau yakin dengan pandangan dan rungutan yang dikemukakan oleh masyarakat bahawa banjir yang berlaku adalah kerana isu perparitan dan saliran yang tidak dirancang dan diselenggara dengan berkesan.
“sangat jelas dan kalau kita lihat pandangan dan rungutan masyarakat pun dari dulu lagi isunya ialah isu perparitan samaada perparitan atau saliran yang dibuat dengan begitu sempit tak cukup nak menampung jumlah penduduk yang ada,
“ataupun kerana pengurusan mereka menyebabkan perparitan tersumbat atau kerana pembangunan yang tidak bersifat holistik, dibuat tanpa perancangan hingga menyebabkan timbunan tanah itu boleh menyerap air,”tegas beliau.
Beliau amat keal kerana banjir yang berlaku menyebabkan kesukaran kepada lebih 3,000 orang penduduk Kuala Nerus dan menggesa agar tindakan diambil dengan segera.
http://youtu.be/2PVXC8IAKEE?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q




























