KUALA NERUS – Penduduk Taman Perumahan Pusu Tiga, dekat sini terpaksa berjaga sepanjang malam kerana bimbang rumah mereka dilanda banjir dan ditenggelami air.
Walaupun hujan tidak turun dan kebanyakan kawasan lain sudah hampir surut, namun mereka bimbang air banjir yang bergenang di luar ‘tembok’ tebatan banjir akan masuk ke kawasan Taman perumahan itu.


Menurut seorang penduduk Taman tersebut, Nazmi Ghazali, ia mula disedari oleh petugas yang berkawal di rumah pam air.
“penjaga pam air mula sedar ada retak jam 3 pagi, kemudian dengan pantas maklumat tersebar seluruh Taman ini, jadi seluruh penduduk tak boleh tidur, bimbang air masuk,
“lepas subuh, kalau tak silap, letak menjadi lebar dan ‘tembok tanah’ dekat paip pam air itu pecah,”ujarnya ketika ditemui.
Menurutnya, laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung perkara dan tindakan diambil pada pagi hari Jumaat.
Sehari sebelumnya, Unit Amal PAS telah membantu penduduk Taman terbabit meletakkan karung pasir di atas tembok di bahagian Taman tersebut kerana air telah melepasi paras dan dibimbangi akan mengalir masuk.


Pada tahun 2013, Kerajaan bersetuju dengan pernyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Kawasan Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim bahawa Projek Tebatan Banjir di Taman Perumahan Pusu Tiga adalah berjaya sementara waktu dan hanya untuk kawasan perumahan tersebut sahaja.
Ustaz Hishamuddin ketika mengemukakan soalan tambahan meminta penjelasan, adakah kerajaan sedar projek tebatan bernilai RM5.8 juta dengan membina benteng sepanjang 825 meter itu menyebabkan kawasan-kawasan perumahan sekitar mengalami bebanan banjir.
“saya bersetuju dengan wakil Tepoh (yang) menyatakan bahawa perlaksanaan projek ini cuma menyelesaikan masalah di Taman Desa Pusu Tiga dan saya ingin maklumkan pihak kerajaan telah selesai menjalankan kajian menyeluruh bagi mengenalpasti punca-punca berlakunya banjir di kawasan tersebut,”ujar ADUN Kemasik Rosli Rosli, yang juga Exco Kerja Raya Dan Pengangkutan.
Berita berkaitan;
Kerajaan Berterima Kasih Kepada Wakil Tepoh



























