Tarik Balik Rang Undang-Undang GST!

705

oleh Lujnah Pengguna PAS Pusat yang di sertai oleh pelbagai pihak yang turut membuat keputusan meminta kerajaan menangguhkan bacaan kedua Rang Undang-Undang GST di Parlimen pada sidang yang akan bermula 15 Mac ini.

Penangguhan bacaan kedua ini bermakna kerajaan perlu menarik balik Rang Undang-Undang tersebut. Tuntutan FMM itu juga boleh di sifatkan sebagai undi tidak percaya masyarakat perniagaan terhadap kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak. Jika masyarakat perniagaan menolak GST sudah tentu masyarakat pengguna juga menolak GST. Ini bermakna kerajaan BN sedang menghadapi krisis kepercayaan rakyat terhadapnya. Pandangan PAS dan FMM adalah jelas iaitu kerajaan perlu mengutamakan pengurusan kewangan negara yang amanah dan cekap serta menghentikan ketirisan kewangan negara sama ada melalui rasuah mahupun pemberian subsidi kepada IPP, syarikat konsesi lebuhraya dan lain-lain.

Kerajaan juga perlu mengurangkan perbelanjaan projek pembanggunan melalui sistem tender terbuka serta menggandakan pendapatan kerajaan melalui tawaran tender terbuka AP motokar. Kerajaan hendaklah terlebih dahulu memastikan pencapaian pendapatan yang lebih tinggi di kalangan rakyat Malaysia .
Kerajaan tidak boleh hanya menjadikan alasan negara di dunia sudah pun beralih kepada GST maka Malaysia perlu mengikutinya adalah terlalu dangkal. Sedangkan perlaksanaan GST di negara lain setelah pendapatan rakyat negara mereka berada pada paras yang melayakkan mereka membayar cukai pendapatan.

Berlainan di Malaysia dari 12 juta pekerja hanya 15 peratus sahaja yang mencapai kadar pendapatan yang melayakkan mereka untuk di kenakan cukai pendapatan atau pun dari 28 juta penduduk Malaysia hanya 6.4 peratus sahaja yang perlu membayar cukai sedangkan 93.6 peratus pendapatan mereka tak sampai pada paras yang memerlukan membayar cukai pendapatan. Ini bemakna jika GST di laksanakan 93.6 peratus rakyat yang berpendapatan tidak layak di cukai akan di cukaikan di bawah GST.


Oleh itu saya menuntut kerajaan pada 16 Mac ini akan membawa usul di sidang Parlimen untuk menarik balik Rang Undang-Undang GST.

DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

Naib Presiden PAS.