Tanpa PAS Tidak Mungkin Pembangkang Tumbangkan Umno-BN

1278

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU -Tanpa sokongan parti Melayu Islam PAS tidak mungkin Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan dapat menumbangkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali berkata PAS sebagai parti teras orang Melayu Islam tidak boleh diketepi dalam usaha menumbangkan Umno-BN.

bicara ekonomi1Meski pun, katanya DAP beranggapan dengan kewujudan parti baharu seperti Parti Amanah Negara (PAN) diharapkan boleh menggantikan PAS.

“Tanpa PAS tidak mungkin Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan dapat mengalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Walau pun, DAP mengharapkan Parti Amanah Rakyat (PAN) ini dapat untuk menggantikan PAS tetapi tidak mungkin PAN boleh mengambil tempat PAS,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Bicara Politik dan Ekonomi dengan tajuk “Cabaran Ekonomi Semasa dan Masa Depan Politik Malaysia”, di sebuah resort, Kuala Ibai, di sini, Sabtu, 14 November.

Selain Dato’ Mustafa, seorang lagi ahli panelnya adalah Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin.

Sehubungan itu, kata mantan Setiausaha Agung PAS bahawa tidak ada satu parti politik pun yang boleh bersendirian, bertanding dan menang memerintah negara ini.

kam3334(e)-bicara5Menurutnya, tidak mungkin satu parti politik boleh sendirian bertanding dan menang pilihan raya termasuk parti Umno.

“Tidak ada satu pun parti politik yang boleh dengan sendirinya bertanding dan menang pilihan raya termasuk Umno dan tidak mungkin juga PAS boleh bersendirian untuk mengalahkan Umno-BN.

“Jika itu berlaku, pada adatnya kerajaan Barisan Nasional lagi yang akan memerintah pada PRU14 akan datang.

“Tanpa PAS sebagai parti teras dalam Pakatan Rakyat tidak mungkin Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan boleh menumbangkan kerajaan BN,” tegasnya di hadapan 350 peserta forum tersebut.

Dato’ Mustafa menjelaskan pengalaman sejarah kerjasama PAS bersama parti-parti lain akan memperolehi kejayaan yang lebih besar dari bersendirian.

bicara ekonomi2“Pengalaman sejarah sewaktu kita (PAS) bersama dengan parti yang lain, kita boleh mendapat kemenangan yang lebih besar berbanding kita bersendirian.

“PAS berpengalaman bertanding pilihan raya sejak pilihan raya pertama lagi sebelum merdeka. Secara realiti berdasarkan pengalaman lalu, tidak mungkin juga PAS akan dapat bersendirian untuk menghadapi Umno-BN,” ujarnya.

Namun, katanya sebarang kemungkinan boleh berlaku kerana tahun 2018 dijangka berlaku pilihan raya umum.

Menurutnya, beberapa parti-parti kecil akan bergabung dengan PAS bagi menghadapi kerajaan Umno-BN pada PRU ke-14.
Bicara Politik dan Ekonomi tersebut anjuran Papisma dan Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi Rakyat (Demi) Terengganu.