Tangguh Munajat

86

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu membuat keputusan unruk menangguhkan dahulu Program Munajat Rakyat Terengganu Menuntut Royalti Petroleum.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia akan ditunda kepada satu Tarikh yang lain.

“Dukacita dimaklumkan, pihak penganjur telah mengambil keputusan untuk menangguh atau menunda program tersebut kepada suatu Tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian,” ujarnya melalui suatu kenyataan rasmi, di sini, hari ini.

Justeru itu katanya, pihak penganjur memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas penundaan tersebut.

“Sebarang kesulitan amat dikesali,” ujarnya.

Sebelum itu, penganjur Munajat, Kerajaan Negeri Terengganu telah mengaluarkan kenyataan penangguhan Munajat tersebut.