Terengganu, Malaysia

Tamatkan Khidmat Pegawai EIO Tergesa-gesa; Pengurusan Top IT Tidak Pro – Mantan CEO

pekerja Top IT diberhentikan

KUALA TERENGGANU – Pertubuhan jaringan IT Prihatin Malaysia merasa kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Terengganu mengambil sikap drastic dan tergesa-gesa menamatkan khidmat Pegawai Eksekutif Maklumat (EIO) dan Pegawai Sokongan Teknikal (TSO).

Pemberhentian yang dimaklumkan hanya melalui e-mel oleh anak syarikat kerajaan negeri TOP IT Industries secara mengejut adalah tidak wajar dan tidak professional.

Pengerusinya berkata usaha Kerajaan Negeri Terengganu yang dilakukan oleh mantan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said mewujudkan jawatan EIO/TSO yang ditempatkan disekolah-sekolah bagi menguruskan hal-hal berkaitan ICT adalah suatu langkah yang baik.

“usaha ini memang satu usaha yang baik bila kerajaan negeri memperkenalkan program e-book di sekolah-sekolah negeri Terengganu,

IMG_20160106_185909“Isu EIO/TSO ini berbangkit semula bila kerajaan Negeri Terenganu dibawah Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman membatalkan program e-book menyebabkan barangkali keperluan perjawatan tersebut terpaksa ditamatkan oleh Top IT yang mengendalikan program e-book,” katanya ketika dihubungi.
Beliau yang juga mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Top IT menggesa pengurusan Top IT mengambil tindakan sebarang tindakan menurut undang-undang sedia ada dengan memberikan hak pekerja-pekerja berkenaan dan menggunakan budi bicara berperikemanusiaan.

“mereka semua adalah manusia macam kita, undang-undang satu hal dan budi bicara perlu mendapat keutamaan pengurusan,

“apatah lagi beberapa bekas pegawai yang berkhidmat itu sudah mencurahkan bakti mereka…….apabila kita perlukan mereka kita tawarkan kerja dengan baik dan apabila kita tamatkannya, berilah ruang secukupnya untuk mereka bernafas,”jelasnya

Dalam masa yang sama, Shuhaimi Embong yang juga merupakan Naib Presiden Persatuan Anak Terenggan diPerantauan (Perantau) kesal dengan tindakan ‘undur ke belakang’ itu dan menggesa Dato’ Seri Ahmad Razif mengkaji semula tindakan tersebut.

Beliau menegaskan penamatan secara ‘tiba-tiba’ para pegawai terbabit tidak selari dengan slogan kerajaan ‘Transformasi Terengganu Baru’

“bila tindakan menamatkan 200 pegawai-pegawai itu dibuat serta merta dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang, menjadi perkara yang amat besar kepada mereka,

“dan kerajaan dibawah pimpinan Razif perlu berbesar hati, walaupun mungkin kecil bagi kerajaan, tetapi memberikan pengiktirafan kepada mereka yang telah membantu perlaksanaan dasar negeri adalah sesuatu yang mulia,”tegasnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan