Taman Ilmu; Kerajaan ‘Susup Fakta’

4211

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu tidak mendedahkan fakta sebenarnya tentang keadaan semasa keseluruhan kompleks Taman Ilmu di Tembila Besut, yang dibina dengan wang rakyat sebanyak RM340 juta.

Ketika ditanya tentang adakah kerajaan akan membiarkan bangunan-bangunan ‘yang terbengkalai’ di kempleks tersebut ‘hancur’, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman berkata, kerajaan sedang membuat kajian.

Soalan asal yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka YB Ustaz Satiful Bahri Mamat meminta penjelasan kerajaan,” Apakah status terkini Taman ilmu di Besut? Adakah pihak kerajaan berusaha untuk memulihkan pembangunan yang sedia ada? Berapakah peruntukan yang dijangka terpaksa dikeluarkan?,”

Namun kerajaan Umno dan BN Terengganu menyatakan, dua blok asrama telah dipersetujui akan digunakan oleh UniSZA dengan kos pembaikpulihan sebanyak RM10 juta, yang akan ditolak sebagai sewa.

Kerajaan jelas telah menyembunyikan fakta dangan menafikan soalan tambahan yang dikemukakan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu itu, yang meminta penjelasasan adakah benar, ada syarikat pemaju projek terbabit yang telah menyaman kerajaan?

“setakat ini tidak ada…….kita tak ada apa-apa maklumat lagi tentang pemaju yang mengemukakan sama kepada kerajaan negeri,” jawab Ir. Rosli.

Namun demikian apabila ditekan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat lain, akhirnya ADUN Kemasek itu terpaksa mengaku, memang ada ‘kontraktor’ yang telah mengemukakan saman.

“perbincangan dengan pihak Posc Ti (Sdn. Bhd) telah pun kita ambil langkahselesaikan masalah yang mana…….isu sama tu kita (kerajaan) dah selesai,

“untuk menjawab soalan itu saya perlu notis……..” kata Ir. Rosli.

Jawapan tersebut tidak memuaskan hati dan telah dicelah oleh ADUN Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut, yang menegaskan, jawapan tersebut tidak perlu notis kerana ia telah jelas dan nyata.

“saya rasa Dato’ Yang DiPertua…….tak perlu notis, kita ada keterangan…….(kerajaan) bayar RM40 juta……betul tak?

“saya cabar (kerajaan mengaku) kerajaan bayar RM40 juta….betul tak? perlu notis apa? Fakta kita ada!,” jelasnya.

Menurut Haji Wahid, kerajaan tidak perlu ‘susup fakta’ tersebt kerana ianya melbatkan kewangan kerajaan negeri yang telah menggunakan wang rakyat dalam pembinaan Taman Ilmu itu.