Tak Betul Ahli PAS Masuk Umno

899

KUALA TERENGGANU – PAS kawasan Besut menafikan l100 orang ahlinya ‘masuk’ Umno sebagaimana dilaporkan oleh sebuah akhbar, semalam.

Ketua Penerangannya, Ustaz Wan Syukri Wan Isa berkata, rakyat daerah itu sudah muak dengan ‘taktik lapuk’ yang diulang siar, setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU).

“Zamri Abd Rahman ini bekas Ketua Pemuda cawangan Umno Gong Manok, DUN Kuala Besut.

“Sebenarnya Umno masuk Umno, 100 orang tu pelawok belaka, darah Umno dah, dulu kini dan selamanya,” jelas beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Besut.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkara tersebut dihubungi pada hari ini.

Katanya, ia merupakan kerja geraj saraf Umno yang cuba mempamerkan kepada orang ramai kononnya parti itu mendapat sokongan menjelang PRU15.

“Orang kampung dah naik muak strategi lama Umno,” tegasnya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Rohana Yaacob, 61, berkata, beliau mengenali golongan yang didakwa ‘masuk Umno itu’ sejak kecil lagi.

“dia ni (Zamri) keluarga dia Umno sejak kecil lagi. kuat ‘lajok pah ke tahi biru’ ,” tambah beliau, sambil ketawa.