Tahniah Belanjawan 2021; Denyut Nadi Rakyat

295

Syukur dan Tahniah buat Kerajaan Negeri Terengganu & Kerajaan Perikatan Nasional di atas kejayaan pembentangan dan kelulusan Belanjawan 2021.

Jika diamati dengan hati terbuka, Belanjawan 2021 amat menitikberatkan nasib rakyat terutama mereka yang terjejas akibat wabak pendemik Covid-19.

Berterima kasihlah pada semua Ahli Yang Berhormat (YB) yang menyokong Belanjawan kali ini. Sungguh mereka inilah yang benar-benar sanggup mengetepikan perbezaan politik untuk menyokong Belanjawan 2021.

Kejayaan ini juga membuktikan kerajaan yang ada hari ini teguh dan mampu menyatukan semua pihak demi kepentingan rakyat.

“MELESTARIKAN KESEJAHTERAAN BERSAMA”
“TEGUH KITA, MENANG BERSAMA”

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

26 November 2020

Yang benar,

YB Senator Dato’ Haji Husain bin Awang
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Negara