Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Tidak seperti cawangan UMNO, yang mendapat peruntukkan daripada kerajaan negeri, PAS perlu mencari dana untuk melaksanakan aktiviti yang hendak dijalankan termasuklah untuk membantu masyarakat yang tidak berkemampuan.
Oleh kerana itu, Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, pelancaran Tabung Samah pada 2010 oleh Badan Perbubungan PAS Negeri Terengganu amat bertepatan sekali.
Katanya, walaupun Pilihan Raya Umum ke 14 masih belum diketahui bila, tetapi ianya terus digerakkan sehingga kini.


“ianya menjadi sumber utama gerakerja kebajikan bulanan di mana antaranya menyantuni 50 keluarga MOSWA termasuk seorang mu’allaf yang menerima sumbangan bulan RM200 sebulan,” ujarnya.
Beliaun berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tabung Samah di Pusat Tarbiyyah dan Kelas Fardu Ain (PUSTAKA) di Taman Permint Indah pada 28.3.2016 di sini.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN menambah, “Tiga buah cawangan dalam Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang telah adakan Majlis Pecah Tabung Samah sepanjang Mac iaitu Gong Pasir, Taman Permint Indah dan Pulau Serai dan akan diikuti untuk bulan April nanti iaitu Cawangan Padang Pulut, Bemban, Pak Sabah dan Batu Tiong”.
Menurut Bendahari PAS Cawangan Taman Permint Indah, Tuan Haji Abdul Rahman Abidin, Tabung Samah yang dimulakan 11 Julai. 2010, hanya 35 tabung yang berjaya dikumpulkan dengan kutipan berjumlah RM2216, tetapi sekarang pada 28 Mac 2016 sebanyak 46 tabung telah dihantar yang mana sumbangan sebanyak RM3123.50 telah berjaya dikumpulkan dan majlis pecah tabung ini diadakan setiap 3 bulan sekali.


























