MARANG – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan salam daripada Sahibus Samahah Fadhilatus Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi, yang telah menelefon beliau pada petang Khamis lalu.
“sempena ini juga saya ingin menyampaikan salam daripada Sahibus Samahah Fadhilatus Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi , Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia yang menelefon saya petang Khamis,


Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan kepada para peserta ‘Langkah Harap’, aktiviti riadah berjalan 10,000 langkah, sempena HARAP 3.3. di sini, hari ini.
Ustaz Hadi berkata, kumpulan pejuang Islam seperti ahli-ahli PAS, adalah harapan kepada semua umat dan ia menjadi tekad serta kesungguhan sempena Himpunan pada kali ini.
Menurutnya, para pendokong kebenaran menjadikan al-Quran sebagai panduan bagi menghadapi musuh-musuh Islam tanpa merasa gentar atau takut, kerana Allah telah berkata mereka juga merasai dan menghadapi kesusahan.
Katanya, dunia menyaksikan kegelisahan apabila berlakunya berbagai-bagai penyakit, jenayah salahlaku kehidupan manusia, peperangan dan pencerobohan terhadap alam sekitar.


“Hanya Islam menjadikan seluruh kehidupan manusia sebahagian daripada ajaran agama Islam. Islam bukan sahaja agama atau religion mengikut bangsa barat,”katanya, yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia.
Beliau menegaskan Islam juga adalah ‘way of life’, adalah cara hidup manusia yang memenuhi segala urusan kehidupan manusia.
“Inilah yang perlu difahami oleh orang-orang barat yang sangat bermusuh dengan Islam. Hari ini terdapat cendikiawan dan ilmuan barat yang mengkaji Islam,
“(akhirnya) ramai di kalangan mereka yang masuk Islam,”katanya lagi.


Sedangkan jelas beliau, Islam tidak pernah mengajar penganutnya menjadi pengganas.
“Allah memberi pahala kepada seorang yang memberi minum seekor anjing yang dahaga. Bagaimana Islam boleh mengajak manusia terhadap melakukan keganasan kepada sesama manusia?
“Ternyata bukan Islam yang ganas. Siapa yang meletupkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki? Yang membunuh ratusan ribu manusia termasuk mereka yang tidak terlibat dengan peperangan……..orang tua, perempuan dan anak-anak,”katanya


























