Syarikat Pengeluar ‘Kondom’ Terlibat Melombong Bijih Besi?

1834

KUALA TERENGGANU – Semakin banyak maklumat dan fakta berunsurkan penyelewengan yang terdedah kepada rakyat tentang isu perlombongan bijih besi di Bukit Besi.

Bukan sahaja di dedahkan oleh akhbar di luar negara bahkan laman sosial yang dikaitkan dengan mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad telah menulis perkara berkaitan bertajuk ‘Bukit Besi Terengganu Telah Dirogol Oleh Syarikat China’.

bukit besi5Setiausaha Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mempersoalkan jawapan Menteri Besar Terengganu, yang menyatakan bahawa hasil yang diperolehi dari aktiviti perlombongan galian tersebut hanyalah RM1.6 juta.

“Biar saya congak sekejap nilai bijih besi di Bukit Besi. Jika Laporan CAA Resouces 281 juta tan. Maka 281,000,000 x USD120 = USD33.72 bilion.

“Jika Laporan Malaysia Factbook 50juta tan. Maka 50,000,000 x USD120=USD6 bilion. Itu kasar sebelum tolak kos pengeluaran dalam USD50 satu tan, dan bergantung kapasiti pengeluaran berapa setahun.

“Soalan yang bagus adalah berapa yang diperolehi oleh Kerajaan Terengganu? Jawapan oleh MB setakat ini adalah RM1.6juta!,”ujarnya .

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Terengganu, memetik dua sumber berbahasa Inggeris yang mendedahkan betapa banyaknya bijih besi yang telah dikeluarkan daripada bumi Terengganu, sebagaiamana catatannya dibawah;

“Furthermore, exploration, prospecting and mining of iron ore will be carried out through the joint venture on a parcel of land located at Bukit Besi, Terengganu. The land has approximately 281 Mt of resources. The Group has also set up a wholly owned subsidiary, Capture Bukit Besi Sdn. Bhd. in Malaysia on 30 September 2013, for this transaction.” CAA Resources Ltd.

“Mining iron ore can be lucrative, if you are at the right place and the right time. Just look at the world’s largest iron ore producers, Rio Tinto and BHP Biliton. Their cost of production is only about US$50 per tonne, but their selling price are marked up to US$180 per tonne at the peak period. Presently the selling price is US$120 per tonne.” Australia based mining consultant Lee Kong Leng.

bukit besi3Sehubungan itu, beliau menegaskan daripada tanah yang dikorek di Bukit Besi itu, mengandungi kandungan galian besi yang sangat tinggi iaitu tujuh puluh peratus.

“Parcel’ (Bahagian) tanah ini sahaja mengandungi sumber bijih besi sebanyak tan. Perhatikan rezab bijih besi paling berkualiti 70% kandungan besi datang dari Bukit Besi Terengganu. Yang dari negeri lain dari jenis yang lebih rendah kualitinya.

“Saya tak pasti parcel yang mana dimaksudkan oleh CAA Resources. Tapi ‘Malaysia Factbook’ cuma sebut sekeping tanah 2400 ekar mempunyai 50 juta tan rezab bijih besi di Bukit Besi,”jelasnya dalam satu nota yang dihantar kepada pihak media.

Yang menariknya kata beliau, ulasan ‘factbook’ ini adalah Terengganu telah secara signifikan mengeluarkan dengan banyak konsesi atau pajakan perlombongan bijih besi akhir-akhir ini. [http://malaysiafactbook.com/Iron_ore_mining_in_Malaysia

Lebih mengejutkan, kata beliau, sebahagian syarikat yang terlibat dengan perlombongan itu, tidak berpengalaman bahkan hanya terlibat dengan industri lain yang tidak ada kena mengena dengan perlombongan bijih besi termasuk, syarikat pengeluar kondom.

“Yang lebih menarik sebahagian dari yang terlibat adalah syarikat-syarikat yang tiada pengalaman langsung dalam perlombongan. termasuk syarikat pembuat paip Hiap Teck Ventures Berhad dan syarikat pengeluar KONDOM Takaso resources Berhad.http://takaso.com/profiles/CProfile.php, ”ujarnya lagi.

Berita berkaitan;

Bukit Besi Bakal Lenyap