Syarikat dan Pemandu Bas Pastikan Tak Bawa Nyamuk Aedes

1088

KOTA BHARU – Syarikat dan pemandu yang membawa penumpang untuk berhari raya di kampung masing-masing diminta memastikan supaya bas mereka bebas dari membawa nyamuk Aedes.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob berkata, ia bagi mengelakkan jangkitan denggi yang dikesan melalui nyamuk dalam bas.

“Kepada rakyat kelantan yang berada diluar khasnya dari Selangor yang kita lihat banyak kes denggi berlaku kena pastikan bas yang dinaiki untuk pulang ke Kelantan bebas dari nyamuk,

IMG-20140722-WA0045 (2)“pihak pemandu dan syarikat bas kena ambil perhatian perkara ini kerana sudah banyak kejadian jangkitan denggi melalui nyamuk didalam bas,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas mengadakan lawatan ziarah ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, hari ini, Selasa 22 Julai.

Ustaz Ahmad sendiri telah mengungjungi wad 28, 29 dan 30 untuk bersama-sama dan bertanya khabar serta memberikan semangat kepada para pesakit.

“Kita adakan ziarah ini adalah untuk bertanya khabar rakyat kita yang berada di hospital dan kita beri semangat kepada mereka untuk menyambut hari raya aidilfitri yang hanya beberapa hari lagi dengan penuh gembira. Semoga cepat sembuh dan dapat beraya dengan keluarga tersayang nanti.

“Kita juga mendoakan mereka agar cepat sembuh daripada musibah dan penyakit yang dialami,”katanya lagi.

Beliau berharap semua pihak dapat menjaga kebersihan dan menghapuskan tempat nyamuk membiak bagi mengelakkan kes denggi meningkat.