Syabas Adik Chua Gor Thong; Mari Kita Sama-sama Menegakkan Kebenaran!

1193

Oleh : SMN

Tidak ada dalam sejarah negeri Terengganu seorang pemimpin MCA berani menegur ‘abang politiknya’ pemimpin Umno, baik diperingkat negeri dan peringkat pusat.

Walaupun masih muda adik Chua Gor Thong berani dan berfikiran bebas, tidak terikat dengan belenggu ‘kow tow’ yang menjadi amalan sesetengah generasi Tionghua masa lampau.

Beliau membidas pemimpin Umno dalam medan yang betul, membawa suara anak muda supaya didengar dan dilihat, dan jangan diremehkan umpama sampah sarap yang banyak di Kampung Cina Kuala Terengganu, seperti yang pernah diketengahkan oleh sahabat saya Jefri Chua.

Sebelum menegur pemimpin Umno yang ‘angkuh dan sombong’ dengan merujuk peristiwa ‘Low Yat’ yang berlaku beberapa bulan lalu, Gor Thong melalui ‘laman blog’nya juga pernah sebelum ini menegur pemimpin Umno negeri Terengganu.

Dia pernah menyifatkan, keadaan negeri Terengganu yang diperintah Umno-BN sebagai ‘teruk’!

IMG-20150925-WA0096Gor Thong yang juga pernah menjadi ‘rakan maya’ kepada laman rasmi PAS Terengganu, buletinonline.net menyelar Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menggesa pengguna Melayu memboikot perniagaan kaum Cina.

Saya menyucapkan syabas kepada Gor Thong yang juga Setiausaha MCA Terengganu serta Ketua Pemuda MCA Terengganu, kerana tidak bimbang dan risau, walaupun beliau seorang ‘penganalisis politik dan pemikir’ dalam Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebagaimana yang tercatat dalam laman sosialnya.

Bahkan, Gor Thong juga, dalam Perhimpunan Agung Pemuda MCA Ke-51 pada Sabtu 10 Oktober, membidas Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, berikutan kenyataan pemimpin Umno itu yang mahu ‘menampar kaum Cina’.

Memang tidak ada sesiapa mempunyai hak untuk tindakan ‘tampar menampar’ dan Islam yang menjadi agama majoriti orang Melayu, melarang perbuatan menghina kaum lain.

Adik Gor Thong yang merupakan anak jati Terengganu pasti sudah biasa dengan hukum hakam Islam yang mengharamkan umatnya menghina dan menzalimi kaum lain.

Beliau sudah melalui zaman pemerintahan PAS di negeri Terengganu dari tahun 1999 – 2004, pasti dapat melihat perbezaan dasar-dasar kerajaan yang diterajui oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, saya menyeru agar Gor Thong meneruskan sikap beliau yang merupakan ‘manifestasi anak muda’ zaman baru, yang lebih melihat tindakan ‘real’ dari sebuah retorika.

Hanafiah Karnival SJKC1Perjuangan zaman ini, bagi ‘generasi Y’ seperti beliau, sama hasrat dan objektifnya dengan Pemuda PAS Terengganu yang mahu meliat satu kerajaan yang menegakkan kebenaran dan keadilan, kepada semua kaum dan golongan.

Jangan segan silu untuk bertemu mata dengan ‘YB-YB’ muda PAS seperti Hishamuddin Abdul Karim (Tepoh) dan Hilmi Harun (Manir) untuk menyatakan pendirian dan memberi saranan dalam memajukan negara dan negeri Terengganu yang kita cintai ini.

Atau berhubung dengan Haji Hanafiah Mat, ADUN Chukai yang sangat rapat dengan komuniti Tionghua di bandar Chukai dan daerah Kemaman.

Zaman konfrontasi dan pengasingan politik mengikut kelompok serta berdasarkan kaum dan ugama, yang diasaskan oleh Barisan Nasional telah lama berlalu dan bakal menjadi sejarah.

Dalam PAS sekarang ada Dr. Bala Chandran G.K, seorang non-muslim da bukan Melayu yang sangat aktif memperjuangan hak dan kebenaran.

Sebagaimana saya tidak canggung berjalan-jalan melewati kampung Cina, membuat liputan dan mendedahkan masalah yang dihadapi oleh rakyat di situ, begitulah kita harapkan, adik Chua Gor Thong bersama saya, Jefri Chua, YB Hishamuddin dan Dr. Bala, memperjuangkan hak menuntut kekayaan hasil negeri yang telah lama dibolot oleh pemimpin Umno Terengganu!