BEKENU – Surau Darul Iman, Kpg Jengalas Bekenu yang berada dipinggir jalan pesisiran pantai Miri Bintulu telah lama diroboh tetapi sehingga kini masih belum dibina semula.
Umat Muslim yang berada di sekitar kawasan Kpg Jengalas memerlukan sebuah surau yang lebih baik dibina segera untuk memudahkan umat Muslim solat berjamaah dalam surau tersebut.
Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab merobohkan surau lama tersebut perlu membina segera surau baru kerana sudah hampir setahun surau baru itu belum dibina semula.
Sebelum surau lama tersebut diroboh ianya telah dibaiki dan dicat baru tetapi mengapa tiba-tiba saja pihak yang berkenaan mesti merobohnya dalam keadaan tergesa-gesa tanpa ada perancangan yang teratur.


“Kita yakin pihak kerajaan ada peruntukan untuk membina semula surau baru Darul Iman, Kpg Jengalas Bekenu sebelum mereka merobohkannya.
“Harapan penduduk dengan peruntukan bajet yang ada, pihak yang berkenaan harus melaksanakan amanah demi kebaikan umat Muslim yang tinggal di kawasan Kampung Jengalas Bekenu,”ujarnya.
Beliau berkata, surau tersebut juga memberi banyak manfaat bukan saja kepada penduduk kampung tetapi ianya juga sebagai tempat persinggahan para musafir yang lalu lalang menggunakan jalan pesisiran pantai Miri Bintulu untuk mengerjakan solat di surau tersebut.
Katanya, dengan adanya surau yang berdekatan dengan jalan pesisiran pantai ianya akan memudahkan umat Muslim solat dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing dengan selamat.
“Kami mengesa pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan segera membina surau baru Darul Iman, Kpg Jengalas di Bekenu untuk kemudahaan umat Muslim solat berjamaah dan juga untuk para musafir menggunakannya.
“Kerjasama dengan pihak Majlis Agama Islam Sarawak yang menjaga urusan hal ehwal umat Muslim dan juga pihak yang berkenaan untuk bertindak segera mengatasi masalah dan menjaga kebajikan umat Muslim amat dihargai,”tambahnya





























