Sukarelawan PKK Puas Hati Dapat Jaga Kampung

1803

Oleh KAM

KUALA TERENGGANU – Sukarelawan Persatuan Kepolisan Komuniti (PKK) Durian Burung berpuas hati apabila sama-sama dapat menyumbang bagi menjaga keamanan kampong sempena malam ambang tahun baharu 2016.

PKK terbabit telah mengaanjurkan Kempen Anti Rempit Ops Malam Tahun Baru di jalan utama Durian Burung dan sekitarnya.

kam3374(b)-jaga2Menurut Pengarah operasinya, Mohd Samsuhaimi Saigai, 42, sejak komuniti ini diwujudkan lima bulan lalu tiada lagi aktiviti merempit di kalangan anak muda bahkan aktiviti kurang sihat termasuk jenayah curi berkurangan

Katanya, PKK Durian Burung mendapat kerjasama baik dariapada masyarakat setempat dan diakui berkesan bagi menjaga keamanan penduduk.

“Alhamdulillah, sejak kita ada persatuan komuniti ini dapat atasi masalah paling besar sebelum ini iaitu gejala merempit dan samseng jalanan.

“Kami secara sukarela bersama-sama menjaga keamanan kampung dan penduduk dari gejala tidak sihat termasuk kes-kes kecurian dan terbukti berlaku penurunan kadar jenayah itu.

“Kami (persatuan) dengan kerjasama pihak Polis (PDRM) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain yang prihatin seperti Kelab 4WD Kuala Terengganu (Gasak), Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) dan Badan Kebajikan Asnaf Negeri Terengganu (Bantu),” ujarnya ketika ditemui semalam.

kam3374(f)-jaga6Rakannya, Mohd Ku Sairi Ismail, 24, turut melahirkan rasa puas hati dapat bersama dengan sukarelawan komuniti bagi menjaga keselamatan kampungnya.

“Saya dan rakan-rakan ini buat kerja ini secara sukarela, tidak ada gaji (elaun) atau upah dari mana-mana pihak. Kami sama-sama keluar duit untuk menjayakan tugas ini.

“Kami buat kerja ikut peraturan dan ada disiplin yang mesti dipatuhi oleh setiap ahli sukarelawan ini dengan bantuan pihak berkuasa polis,” jelasnya.

Mohamad Firdaus Salleh, 23, juga dari Kampung Durian Burung berkata budak-budak nakal ‘mat rempit’ menghormati tugas sukarelawan komuniti ini.

Sebab itu, katanya apabila melihat sahaja petugas sukarelawan komuniti membuat rondaan secara tidak langsung aktiviti merempit tidak berlaku lagi.

kam3374(e)-jaga5“Mereka (mat rempit) pun hormat kita (sukarelawan) ini. Apabila kami jaga dan buat rondaan dengan denagn imej kepolisan, mereka tidak jadi untuk merempit.

“Tapi, biasalah dalam facebook dan media sosial pihak kami (sukarelawan) ini dicemuh, dikutuk, diperli kononnya kami mengambil alih tugas polis,” ujarnya dengan mimik muka tersenyum.

Menurut beliau, pada malam ambang tahun baharu ini para pemuda lain bersukaria menyambutnya tetapi sukarelawan ini menjaga kampung.

Sementara itu, sukarelawan veteran Haji Mansor A.Rahman, 60, yang juga Bendahari Persatuan Kepolisan Komuniti Durian Burung turut bersengkang mata bersama pemuda sukarelawan tersebut.

“Saya ini bersama untuk beri semangat kepada anak-anak muda yang bersemangat untuk menjaga keamanan dan keselamatan kampung mereka.

kam3374(a)-jaga1“Alhamdulillah, sejak adanya persatuan komuniti ini banyak perubahan ke arah positif berlaku dalam masyarakat khususnya di Kampung Durian Burung ini.

“Jika dulu, semua jenis perkara yang tidak baik ada di kampong ini dengan gejala dadah, jenayah curi, pecah rumah dan lain-lain. Tetapi, sekarang sudah menurun dan lebih baik, aman dan selamat, Insya’Allah,” jelasnya.

Persatuan komuniti tersebut yang baharu ditubuhkan sejak lima bulan lalu dan majlis perasmiannya pada 26 November 2015 oleh Timbalan Ketua Polis Terengganu, Dato’ Hashim Abd Jalil, di Surau Al-Ikhlas Masjid Lama Durian Burung, Kuala Terengganu kini diiktiraf oleh pihak berkuasa.