Oleh : Ida hidayah & Zam Zam
KUALA TERENGGANU – Pesta Sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) negeri Terengganu telah menjadi satu ‘institusi’ yang membantu PASTI melahirkan generasi muslim yang cerdas dan cergas.


“saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung yang berjaya menganjur acara sukan ini, saya mengharapkan prestasi PASTI melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah,
“dengan penganjuran sukan pada setiap tahun dapat melahirkan insan yang bukan sahaja cergas, tetapi cerdas,”ujarnya ketika merasmikan acara sukan tersebut ysng dianjurkan di sebuah gelanggang Futsal, dekat sini pada Sabtu 24 Mei.
PASTI Kawasan Marang yang menjadi tuan rumah bagi Pesta Sukan PASTI pada tahun ini telah memilih premis terbabit kerana faktor cuaca dan kemudahan pengurusan acara, walaupun ia terletak di luar daerah Marang.


Turut sama menyumbangkan tenaga sebagai pengadil perlawanan adala sukarelawan dari Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Relreasi Pemuda PAS serta Ameerah negeri Terengganu.
Menyentuh soal penddikan dan tarbiyah, Haji Yahaya berkata selain institusi yang memberikan pendidikan kepada masyarakat, rakyat mesti ditarbiyahkan dalam bentuk hkum hakam dan perundangan.
“masyarakat dan mereka yang berkuasa mesti kembali kepada hukum Allah SWT dn kita mahu rakyat tahu bahawa undang-undang Islam, semada Hudud atau Qisas atau Takzir adalah untuk mendidik masyarakat,
“hanya dengan undang-undang Islam kita boleh menjadikan masyarakat kita masyarakat yang selamat, terpelihara dalam menghadapi gejala kejadian jenayah yang semakin banyak,”jelasnya.


Justeru, beliau yang juga mantan Exco kerajaan negeri Terengganu menyeru sokongan yang tidak berbelah bahagi dari seluruh umat Islam untuk menyokong perlaksanaan Hudud dan Qisas, bermula di negeri Kelantan.
Bagi acara bola sepak, pasukan PASTI dari Kawasan Kemaman telah menjadi juara, manakala juara pertandingan bola jaring dibawa pulang oleh pasukan PASTI Kuala Terengganu.
Pesta sukan yang berakhir sekitar jam 1.30 petang itu ditutup dengan ucapan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu YBM Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah.



























