Sukan PASTI Cari Bakat Anak-anak

133

KUALA NERUS – Sukan PASTI DUN Seberang Takir diadakan bagi mencungkil bakat kesukanan yang ada pada anak-anak meliputi acara bola jaring dan bola sepak.

Menurut Ketua Pemuda PAS Seberang Takir, Mohd Rozi Sakiman, ia telah dilaksanakan di Scout Inn, Pantai Telaga Batin, Kuala Nerus.

“Saya sangat teruja dan gembira sebab setelah 2 tahun penantian tidak dapat buat akibat Covid, kita dapat melaksanakan sukan PASTI pada tahun ini dengan lancar.

“Dengan adanya sukan seperti ini dapat mendidik anak-anak PASTI agar cergas dan minat dengan sukan. Selain itu, kita dapat mencungkil bakat mereka dari kecil lagi agar dimanfaatkan pada masa akan datang,”tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum penyerahan hadiah kepada pemenang, semalam 1 Julai.

Sebanyak 7 buah PASTI Seberang Takir bertanding antaranya PASTI Al-Hijrah, PASTI Al-Mawaddah, PASTI Al-Ulum, dan PASTI Bestari Zainal Abidin dan beberapa PASTI lagi

Seramai 290 pelajar yang terlibat dalam acara bola jaring dan bola sepak. Tempat pertama bagi perlawanan bola sepak dimenangi oleh PASTI Bestari Zainal Abidin manakala bola jaring pula juga dimenangi oleh PASTI Bestari Zainal Abidin

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, beliau kagum dengan semangat ibu-bapa hadir memberi sokongan kepada anak masing-masing.

‘Setelah dua tahun tidak dapat melakukan sukan PASTI, hari ini kita lihat semua aktiviti mendapat sokongan daripada ibu-bapa”

“Saya difahamkan juga peserta terbaik hari ini akan dihantar pula menyertai sukan PASTI kawasan nanti. Ujarnya lagi.