KUALA TERENGGANU – Dalam kedinginan cuaca menghadapi saki baki musim tengkujuh ini, seorang warga emas, Mohd bin Othman, 71, hilang punca dan tidak tahu ke mana arah yang mahu dituju.
Musim bah baru-baru ini yang datang bersama fenomena air pasang besar, menjadikan beliau sekeluarga, bersama anak dan cucunya, sentiasa hidup dalam ketakutan terutama waktu malam.
Setiap kali deruan ombak membadai pantai Kuala Paka, setiap detik itulah, darahnya berderau, bimbang ombak besar akan menghakis tebing dan merobohkan rumah mereka.
Tiga buah rumah mereka sekeluarga, berada hanya kurang dua meter dari gigi air laut yang bergelora.
Walaupun sudah tinggal di situ lebih 60 tahun, namun tanah yang diduduki beliau itu pula sebenarnya, bukanlah tanah milik, tetapi tanah yang disewa dari seorang warga Tionghua.
Selain diancam hakisan, mereka juga akan berdepan dengan pengusiran tuan tanah, yang mendesak supaya ia dikosongkan atau sebaliknya diroboh kerana mahu dibangunkan dengan projek lain.
“Saya tinggal di kampung ni sejak kecil, dah umur saya 71 tahun dah, selain ancaman musim tengkujuh, baru ni ada wakil dari tuan tanah, ukur ‘surveyor’ untuk buat pembangunan disitu,
“dengar cerita tak lama dah nak buat, kita sini semua akan di minta berpindah, di mana tak tahu,”ujarnya sedih.
Anaknya, Zulaimi bin Mohd, 37, yang telah berumahtangga serta mempunyai tiga cahayamata, bukanlah juga seorang yang ‘senang’.
Belerja sebagai nelayan sejak 12 tahun lalu hanya umpama ‘kais pagi makan pagi kais petang makan petang’.
Zulaimi berkata, ayahnya sering tidak tidur nyenyak kerana resah tentang keselamatan serta buntu memikirkan masa depan keluarganya.
“dia tak dapat tidur malam, setiap kali tiba musim tengkujuh, satu jam atau dua jam sekali bangun turun tengok air ombak,
“kami berharap kepada pihak yang berwajib supaya menyediakan sebuah rumah bagi yang terlibat dengan ancaman ombak,”ujarnya.
Sebenarnya, menurut Sulaimi, sudah banyak kali sebelum ini pemilik tanah terbabit menggesa supaya penduduk yang tinggal diatas tanah itu supaya berpindah.
Katanya, beliau dan keluarganya juga bukanlah ‘degil’ sefta berkeras tidak mahu berpindah.
“kita bukan tak mahu berpindah……sudah beberapa kali tuan tanah datang suruh kami pindah…….tapi ke mana kami nak pindah,
“kerja sebagai nelayan…….saya tak mampu untuk menyewa rumah……begitu juga ayah saya yang sudah uzur,”ujar Zulaimi.
Lebih malang lagi, menurut Zulaimi, pihak kerajaan memotong elaun sara hidup seorang nelayan yang sebelum ini sudah hampir dua tahun beliau terima sebanyak RM200.00










