Stor IPD Kuala Terengganu Terbakar

2478

KUALA TERENGGANU – Bilik stor tambahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu terbakar, 10 malam tadi.

Menurut Harian Metro Jurucakap bomba berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan mengenai kebakaran terbabit pada 10.19 malam.

20160425091541Menurutnya, 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota dan Kuala Terengganu bergegas ke lokasi menggunakan tiga kenderaan.

Katanya, setibanya di lokasi didapati berlaku kebakaran di satu bilik di bangunan dua tingkat itu.

“Api dikawal dan dipadam tidak lama kemudian sebelum ia merebak,” katanya.

Menurutnya, pihaknya masih belum dapat pastikan kemusnahan dalam bilik berkenaan tetapi dimaklumkan ia adalah bilik stor tambahan.