Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mewakili seluruh ahli dan penyokong PAS merakamkan ucapan dukacita terhadap penghakiman yang dibuat keatas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dato’ Deri Anwar Ibrahim.
“Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), ahli-ahli dan penyokong ingin merakamkan ucapan dukacita yang teramat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan keluarga beliau.
” diatas keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman keatas DSAI lima tahun penjara setelah mahkamah menerima rayuan pendakwa dalam Kes Liwat 2,”
“Kami menganggap keputusan ini tidak boleh diterima kerana bercanggah dengan hukum Islam dan kes ini sepatutnya diadili di Mahkamah Syariah dan bukannya sivil,”ujarnya.
Tegas beliau, dengan sistem pembuktian yang kuat yang digunakan dalam Islam dalam kes Qazaf sebegini, beliau yakin DSAI tidak akan dizalimi sepertimana sistem keadilan ciptaan manusia.
“Kami juga yakin dan percaya bahawa ini adalah keputusan yang dirancang bagi menamatkan karier politik DSAI di Malaysia. Jelas, ini adalah bayangan ketakutan Umno-BN kepada aura DSAI dan Pakatan Rakyat.
“Oleh sebab itu, mereka sanggup menggunakan segala jentera yang ada bagi mengekalkan kuasa mereka,”jelas beliau
Katanya, PAS Terengganu konsisten dengan pegangan kami iaitu akan membantu sedaya upaya kami ke atas mereka yang dizalimi dan sesungguhnya menasihati kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN), takutlah dengan doa orang-orang yang dianiaya.
Beliau berkata jentera PAS Terengganu, insyaAllah akan berjuang bagi menghapuskan kezaliman ini kerana Allah dan berdoa agar Datin Seri Wan Azizah serta anak-anak dikurniakan ketabahan di atas ujian yang berat ini serta semoga Allah membantu DSAI serta keluarga mengharungi ujian ini.
Sehubungan itu, mewakili semua wakil-wakil rakyat PAS Terengganu Ahli Dewa Undangan (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat menegaskan solidariti buat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menegaskan perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, akan diteruskan.
“Hari ini seluruh negara dilanda mendung dan rakyat akan ‘berkabung’ dengan penuh kesedihan dan amat dukacita dengan perkembangan terbaru yg menimpa Anwar,
“Saya merasa sedih dan kecewa dgn perundangan yang tidak berlandaskan hukum yang telah ditetapkan dalam Al Quran,”ujarnya
Katannya seluruh wakil-wakil rakyat bersama rakyat Terengganu akan mendoakan semoga Anwar dan keluarga tabah menghadapi ujian getir dan diberi kemudahan beliau serta perlindungan dan pemeliharan dari Allah.
Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu yakin dan percaya, perjuangan akan terus ‘mekar’ dengan dokongan anak anak muda yang tidak kenal erti penah lelah dan tidak patah semangat untuk menentang kezaliman.
“(kita) meluruskan kepincangan dan menolak semua kebatilan dalam politik, ekonomi, sosial dan perundangan demi mencapai sebuah negara yang menjunjung syariat Allah S.W.T,”kata beliau.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan BPPNT
05 Jamadil Awwal 1435 bersamaan 08 Mac 2014


























