Solat Hajat Pohon Kesejahteraan

587

KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat meminta kerjasama semua pimpinan parti, Dewan Ulamak dan Lujnah Tarbiyyah kawasan-kawasan, ahli-ahli serta penyokong PAS agar mendirikan solat hajat bagi emmohon kesihatan dan kesahjetaraan Ketua Dewan Ulamak PAS Dato’ Ustaz Harun Taib.

Beliau berkata Ustaz Harun dimasukkan ke hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu petang semalam kerana keuzuran.

“saya harap dapat kerjasama semua pihak, terutamanya Dewan Ulamak, Lujnah Tarbiyyah PAS kawasan-kawasan, ahli-ahli dan penyokong PAS dapat mengadakan solat hajat,

“memohon doa kepada Allah SWT agar diberikan kesihatan dan kesejahteraan kepada Tuan Guru Ustaz Harun Taib,”ujarnya

Ustaz Saiful berkata dejikian ketika ditemui selepas mengiringi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menziarahi Ustaz Harun di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Menurutnya, Ustaz Harun yang juga mantan Exco kerajaan negeri Terengganu dimasukkan untuk rawatan lanjut ke hospital tersebut pada petang semalam kerana kompkikasi diabetes.

Katanya, Ustaz Harun telah diberi ubat oleh pihak doktor dan berehat sejak lepas maghrib semalam.

“AlhamduliLlah, Ustaz (Harun) dalam keadaan stabil dan sudah berkomunikasi dengan baik kira-kira jam 5 petang tadi,

“dia tidur sejak semalam bila doktor beri ubat,”tambahnya.