Terengganu, Malaysia

Solar Sungai Bari Untuk Siapa?

solar sungai bari

SETIU – Tidak ada satu pun kilang yang sedang beroperasi di kawasan Perindustrian Sungai Bari, dekat sini, dan kilang terakhir membuat pengeluaran konkrit, telah pun ditutup beberapa tahun yang lalu.

solar sungai bari1Tidak ada juga kawasan kampung yang didiami ramai penduduk, berhampiran kawasan industri tersebut dan maklumat dari pihak TNB mengesahkan bahawa bekalan tenaga elektrik bagi daerah tersebut adalah mencukupi, malah berlebihan.

Jadi, untuk apakah Taman Solar yang dibina dengan kos RM40 juta dibuat di kawasan tersebut?

Menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak kerajaan berkata, kos keseluruhan projek itu telah meningkat kepada RM40 juta daripada pengumuman asal senyak RM36 juta.

“Kos keseluruhan RM40 juta, Jumlah tenaga dihasilkan 7000 MWh (Disember 2014-November 2015) dan dianggarkan boleh menampung 100 buah kilang atau 800 isi rumah,”menurut kertas jawapan yang dibekalkan kepada pihak media.

kilang tinggal sungai bari
Bekas tapak kilang pengelua konkrit yang telah ditutup beberapa tahun lalu

Pada September 2014, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri Dato’ Tengku Putera Tengku Awang telah berkata, kerajaan negeri mewartakan kawasan Perindustrian Sungai Bari, setiu sebagai lokasi industri hijau.

“di mana hanya perusahaan berasaskan pembangunaan mesra alam saja dibenarkan beroperasi di kawasan itu.

“usaha itu dapat dilihat dengan wujudnya taman solar yang bakal siap penghujung tahun ini dan bakal menjadi perintis kepada industri sama,”dakwa beliau.

Namun keadaan adalah sebaliknya, bahkan tidak ada sebarang industri berkaitan yang dibangunkan.

kilang bimbingan pertanian sungai bariCuma ada beberapa bangunan ‘berupa kilang bimbingan’ (Gambar kanan) yang difahamkan dibina dibawah Jabatan Pertanian yang salah satu darinya dikatakan memproses baja kompos.

‘Seekor lembu’ dapat dilihat ditambat berdekatan kilang bimbingan itu, mungkin bertujuan mengumpulkan ‘najis’ haiwan itu untuk dijadikan bahan campuran membuat baja yang dimaksudkan.

Yang jelas, tidak ada industri mesra alam, sebagaimana di dakwa oleh Exco kanan kerajaan Umno-BN itu.

Tambah menyedihkan, terdapat sebuah gelanggang Futsal berhampiran kawasan perindustrian hampir terbiar itu, tidak diuruskan dengan sepatutnya oleh mereka yang diberi amanah.

SAM_1219Sebuah bangunan milik kerajaan juga, dibina berhampiran gelanggang Futsal tersebut, rosak begitu sahaja.

Ia tidak berkunci, pendawaian elektrik tercabut, dan sampah sarap terdapat dimana-mana!

Sebelum ini kerajaan negeri pernah membangunkan inisiatif teknologi hijau menjana tenaga dari sumber alam.

Panel solar berharga RM2 juta yang dipasang bagi menjana dan membekalkan elektrik ke Pulau Burung Tasik Kenyir, rosak sebelum taman rekreasi ciptaan itu dibuka sepenuhnya kepada orang ramai.

Sistem hibrid tenaga gabungan empat kuasa yang dibina di Pulau Perhentian tidak menjadi apabila kincir angin yang indah tersergam, hanyalah untuk mengambil gambar sahaja!

kincir angin pualu perhentian1Projek yang menelan kos sebanyak RM12.6 juta, yang dibangunkan pada era Datuk Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar Terengganu, kini tidak dapat menghasilkan tenaga elektrik dari kuasa angin.

Projek Taman Solar Kawasan Perindustrian Sungai Bari adalah usaha dibawah East Coast Economic Region (ECER) yang diberikan kepada syarikat Synergy Generated Sdn Bhd.

Tetapi kerja-keja perlaksanaan termasuk pembinaan dan pemasangan panel solar telah diberikan kontrak oleh syarikat tersebut kepada PA Resources Bhd, dengan kos sebanyak RM36 juta.

 

https://youtu.be/DqPWQkRtrVQ

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan