Signal’ PAS Pertahankan Kemenangan

269

DUNGUN – Sambutan Ulangtahun ke-70 PAS Kawasan Dungun adalah ‘signal’ bahawaa parti yang dekat di hati rakyat itu akan mempertahankan kemenangan di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata sambutan yang menggalakkan daripada rakyat di setiap program sangat menguja kan.

“Dengan ‘konvoi’ yang anggaran awal hanya 500 orang ahli PAS akan ‘konvoi’ bermotosikal tetapi diatas permintaan, kita telah membukanya kepada semua kenderaan dan disertai ahli – ahli-ahli dan penyokong sehingga 2000 orang telah menyertainya.

” Paling mengujakan saya apabila Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Presiden PAS sanggup berdiri meraikan peserta-peserta konvoi yang tiba di tapak program,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Dungun.

Katanya, begitu juga dengan jamuan hari raya PAS dan Parlimen Kawasan Dungun dianggarkan 10,000 orang telah datang untuk menjamu selera.

” Ini sebagai gema dan signal kepada sesiapa yang mahu mengambil alih Parlimen dan DUN-DUN di Dungun mereka perlu sedar bahawa entiti PAS di sini semakin kuat,” tegasnya.

Sementara itu Pengarah program, Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz menjelaskan objektif sambutan itu diadakan telah berjaya dicapai iaitu melahirkan rasa cinta ahli-ahli PAS kepada parti itu.

” Keduanya untuk mempromosikan PAS kepada masyarakat umum dan dengan kehadiran lebih 10,000 orang pada malam terakhir, ianya berjaya dicapai” katanya yang ditemui selepas berakhirnya program berkenaan pada 28 Mei lalu di perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin.