Sifat ‘Besar Kepala’ ugikan Negara

383

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) memandang serius sifat ‘Besar Kepala’ komponen kerajaan yang tidak membawa faedah bahkan banyak merugikan rakyat dan negara.

Ketuanya Ustaz Mohd Harun Esa berkata, majoriti penduduk menentang isu pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan persempadanan semula kawasan yang cuba digagaskan oleh parti DAP.

“Tindakan besar kepala DAP untuk melaksanakan pilihanraya PBT dan persempadanan kawasan pilihanraya ini merupakan langkah awal bagi mengubah struktur politik Malaysia.

“Tidak pelik tindakan yang begitu berstrategi dari DAP apabila mula-mula mentadbir kerajaan Malaysia bersama-sama parti komponen PH/BN yang lain mengfokuskan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk berada dibawah kepimpinan utama DAP.” kata beliau dakam satu kenyataan

Agendanya jelas tegas beliau, kedua-dua perkara tersebut cuba mewujudkan konsep ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh penjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu sehingga memecah belahkan integrasi kaum di negara ini.

“Peristiwa 13 Mei 1969, merupakan peristiwa yang sepatutnya diambil iktibar oleh semua rakyat khususnya kerajaan hari ini agar keharmonian masyarakat majmuk dapat dipertahankan.” jelasnya.

Namun sebaliknya, kata beliau, parti komponen yang bersama dalam komponen PHBN sebelum ini begitu lantang untuk menyatakan Melayu akan terbela tetapi kini membisu dan membuta.

“lebih membimbangkan, parti yang sebelum ini menyatakan membela Melayu dan Islam semakin tunduk dengan tuntutan DAP.” tegas Ustaz Harun

Justeru itu, DPPNT mengajak seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian negara ini bersama-sama mendesak kerajaan Madani untuk membatalkan hasrat parti komponen PHBN untuk mengadakan persempadanan semula kawasan pilihanraya dan pilihanraya PBT bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar kepada negara ini.

Ulasan
Catat Ulasan
Catatan Popular
Imej
350 Terima Geran Kekal
BESUT – Pihak MTD Hulu Besut merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Terengganu kerana menyampaikan geran kekal kepada 350 orang di DUN Hulu Besut.
Imej
PAS Yakin Menang Besar Lawan Calon ‘Payung Terjun’ PHBN
KEMAMAN – PAS yakin akan menang dan menambah majoriti undi yang besar menentang calon ‘Payung Terjun’ PHBN dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) Kemaman.
Imej
Berita Mengelirukan: Pemuda PAS Lapor Polis
KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) membuat laporan polis terhadap satu berita mengelirukan yang menimbulkan persepsi buruk terhadap penganjuran Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT).
Dikuasakan oleh Blogger